Kasih sayang ternyata dapat ‘mencipta’ keajaiban. Seorang wanita, Jacqueline DeAmor baru-baru ini difahamkan telah menyelamatkan seekor kucing yang menghidapi sindrom Manx.

Peek Me

Untuk makluman, sindrom ini merupakan mutasi genetik yang memberi kesan terhadap sesetengah kucing baka Manx – kucing yang tiada ekor.

Jacqueline merupakan pengasas kepada Friend for Life Rescue Network, iaitu sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk menyelamatkan haiwan.

Peek Me

“Kucing itu sangat garang dengan saya pada mulanya tapi ia hanyalah lakonan”. Kata Jacqueline.

Tidak lama kemudian, kucing tersebut mudah sahaja mesra dengan pasukan penyelamat hingga menghasilkan dengkuran manja.

“Kucing tersebut tidak berhenti bermanja dan mahu dipeluk. Bulunya yang agak keriting kelihatan seperti ‘saintis gila’ terutamanya ketika kucing itu sedang bermain”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Friends for Life RescueNetwork (@fflrescuenetwork) on

Anak kucing yang comel tersebut diberi nama Liam dan ternyata tahap kesihatan Liam tidak begitu baik dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

Seminggu selepas itu, Jacqueline mendapat tahu tentang seekor lagi anak kucing yang mengalami situasi yang sama dengan Liam dan memerlukan bantuan.

Peek Me

Anak kucing itu sebenarnya merupakan adik kepada Liam, yang diberi nama Amber. Ini membuatkan Jacqueline tidak teragak-agak untuk mengambil Amber untuk ditempatkan di pusatnya.

Kedua beradik berkenaan diberi rawatan secara berasingan bagi membantu mereka pulih. Liam pulih dengan agak cepat sementara Amber pula berterusan menerima rawatan bagi melawan jangkitan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Friends for Life RescueNetwork (@fflrescuenetwork) on

Di rumah keluarga angkat, Liam hidup dengan girang bersama dengan seekor anjing baka German Shephard yang juga merupakan rakan karibnya di rumah.

Dilahirkan tanpa ekor, Liam berasa teruja dengan ekor milik rakan anjingnya. Kucing tersebut sangat obses dan sering bermain dengan ekor rakannya.

Tidak berapa lama kemudian, Amber telah pun sihat dan dibenarkan pulang. Kedua beradik itu kemudiannya disatukan semula.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Friends for Life RescueNetwork (@fflrescuenetwork) on

Pada mulanya agak sukar untuk Amber menyesuaikan diri di rumah keluarga angkatnya itu namun mujurlah ada Liam. Dengan bantuan abangnya, Amber berasa lebih terbuka.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yoshi’s Urban Farm (@yuf.hb) on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yoshi’s Urban Farm (@yuf.hb) on

Liam akan mengekori ke mana sahaja adiknya itu pergi. “Amber sangat periang dan gemar menghabiskan masa dengan abang dan rakan anjing mereka”, kata ibu angkat mereka, Denah Hoard.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yoshi’s Urban Farm (@yuf.hb) on

Mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai keperluan khas. Kata Denah, keperluan rawatan mereka agak ringkas namun perlu patuh pada jadual. Kedua kucing ini merupakan ‘pahlawan’.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular