Iklim padang pasir sungguh panas dan kering, jadi amat sukar bagi tanaman biasa untuk bertahan hidup di kawasan gurun.

Bayangkan anda berjalan dengan terdesak di kawasan padang pasir yang luas, dan anda sungguh letih dan dahaga. 

Tiba-tiba anda terlihat tembikai yang tumbuh segar di kawasan kering itu. “Sungguh ajaib!” kata anda lalu bergegas mendapatkan tembikai itu untuk memakannya.

YouTube/Paparan Skrin

Namun, awas! Tembikai yang tumbuh subur di padang pasir tidak boleh dimakan, dan jangan sesekali anda menyentuhnya kerana ia merupakan tumbuhan beracun yang mampu mengancam nyawa.

Tembikai yang biasa sememangnya terkenal sebagai buah berkhasiat penghilang dahaga. Sudah tentu sangat menggembirakan apabila anda dapat memakan tembikai di padang pasir, tetapi tembikai yang tumbuh di padang pasir bukanlah tembikai biasa yang boleh kita makan.

YouTube/Paparan Skrin

Tumbuhan ini dikenali sebagai labu liar padang pasir atau ‘wild desert gourd’ atau nama saintifiknya Citrullus colocynthis yang kelihatan serupa dengan tembikai, tetapi bukan.

Diameter labu padang pasir ini adalah secara kebiasaan dalam diameter antara 3 hingga 10 sentimeter, dan warna umumnya adalah kuning, kuning muda atau putih susu apabila masak.

YouTube/Paparan Skrin

Labu liar padang pasir adalah tumbuhan beracun pada semua bahagian kecuali pada bahagian biji dan bunganya, itupun selepas melalui beberapa proses pengasingan rumit daripada buahnya. 

YouTube/Paparan Skrin

Ia boleh digunakan sebagai racun serangga dan buah yang kering sepenuhnya menjadi salah satu bahan dalam perubatan tradisional dalam dos yang ditetapkan.

YouTube/Paparan Skrin

Hanya dengan menyentuh buah ini sahaja apatah lagi memakannya boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ulserasi epidermis, gatal-gatal telapak tangan, sakit kepala, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, bahkan mengancam nyawa.

Oleh itu, apabila anda melihat buah tembikai ini di padang pasir, jangan berfikir bahawa anda telah menemui harta karun dan terus mahu menyimpan atau memakannya. 

YouTube/Paparan Skrin

Sekiranya anda menyentuh ‘tembikai’ atau labu liar padang pasir secara tidak sengaja, ia mungkin boleh meracuni anda, menyebabkan akibat yang serius. Jadi berhati-hatilah!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular