Tidak perlu kita bahaskan lagi mengenai kelebihan membela haiwan peliharaan yang comel seperti kucing. Jika disenaraikan, pasti banyak perkara baik dan positif yang kita dapat dengan membela kucing.

Seperti yang kita tahu, kucing terdiri daripada pelbagai jenis dan baka, di mana setiap satu daripadanya mempunyai sifat dan kelebihan yang tersendiri.

Sebagai contoh, kucing Siam yang merupakan antara baka kucing popular di kawasan Amerika Utara dan Eropah pada abad ke-19.

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

Asalnya kucing ini berwarna putih dengan tompokan hitam kecil pada bahagian-bahagian tertentu tubuhnya seperti di hujung telinga, hidung, kedua-dua belah tangan dan kaki serta bahagian ekornya.

Amat mudah untuk mengenali kucing baka ini. Namun tahukah anda bahawa sebenarnya warna kucing ini boleh berubah seiring dengan usianya?

Perubahan warna kucing Siam ini amat menarik jika dikaji. Warna asalnya cerah sehinggalah suhu tubuhnya menurun. Ketika itu, warna pada bulunya itu akan bertukar gelap.

Itulah yang berlaku jika usia mereka makin meningkat dewasa. Warna yang asalnya putih akan bertukar gelap kerana suhu pada tubuhnya menurun sehingga di bawah 36.6 °C.

#1 Asalnya begini..

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

#2 Masih banyak warna putih

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

#3 Warna gelap mula bertambah pada bahagian muka

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

#4 Warna putih pada asalnya itu menjadi sedikit coklat

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

#5 Muka sudah dipenuhi dengan warna gelap

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

#6 Hampir semua warna bulunya sudah gelap. Warna mata pun sudah berubah jika anda perasan..

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

#7 Tinggal sedikit sahaja warna cerah pada badannya

笑图俱乐部!!!保证笑死你/Facebook

Sejurus dilahirkan, suhu tubuh anak kucing Siam adalah hangat dan stabil – tidak terlalu panas bagi enzim yang menggelapkan pigmen bulu, sama seperti sewaktu di dalam rahim ibunya.

Itulah sebabnya anak kucing Siam dilahirkan putih.

Warnanya mula akan bertukar kira-kira seminggu selepas dilahirkan dan ianya akan terus berubah sehingga umur kucing Siam mencecah sekitar setahun.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular