Memakan sayuran yang banyak dalam diet pemakanan adalah salah-satu langkah menuju gaya hidup sihat. Bagaimanapun, anda perlu membasuh sayuran dengan cara yang betul agar sayuran itu benar-benar bersih untuk dimakan dan tidak memberi kesan sampingan yang buruk kepada diri kita.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda 8 cara pembersihan sayur yang paling digalakkan agar sayuran yang akan anda makan benar-benar telah bersih dan selamat. 

Brokoli dan bunga kubis

Unsplash

Permukaan brokoli dan bunga kubis yang tidak rata adalah tempat persembunyian yang sangat baik untuk habuk, bakteria dan juga pepijat kecil. 

Untuk membersihkannya, anda perlu merendamkan sayur ini sepenuhnya di dalam air selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan menggunakan air mengalir yang lebih sejuk sehingga sayur benar-benar bersih.

Kubis Brussels

Unsplash

Berhati-hatilah semasa membersihkan kubis Brussels, kerana mungkin terdapat debu dan serangga yang tersembunyi di sebalik helaian daun yang tersusun rapat. 

Untuk membersihkannya daripada debu dan pepijat, rendamkan kubis Brussels di dalam air suam selama sepuluh minit.

Daun bawang

Unsplash

Oleh kerana bentuk daun bawang yang mempunyai lubang kosong di bahagian tengah, maka habuk boleh tersembunyi di dalamnya. 

Jadi untuk membersihkannya, buangkan bahagian daun yang telah layu atau berubah warna sebelum membilaskannya dengan menggunakan air sejuk. Untuk pembersihan yang menyeluruh, tuangkan air ke dalam lubang di dalam setiap daun bawang dan buangkannya semula. Ulangi langkah ini beberapa kali untuk membilas bahagian dalam tiub daun bawang.

Cendawan

Unsplash

Cendawan yang dibeli dari kedai sayur dan ladang sering mempunyai tanah di atasnya. Jangan tergesa-gesa untuk merendamkannya di dalam air. 

Sebaliknya, gunakan kain yang lembap atau berus untuk membersihkan tanah di permukaan cendawan dengan berhati-hati. Sekiranya cendawan itu benar-benar kotor, anda boleh membilasnya dengan menggunakan air sejuk untuk waktu yang singkat.

Elakkan daripada merendam cendawan di dalam air kerana cendawan berupaya untuk menyerap air seperti span. Cendawan yang mempunyai banyak kandungan air seterusnya akan mempunyai rasa yang terjejas.

Cili hijau dan merah

Unsplash

Permukaan cili adalah agak keras, dan lazimnya terdapat lapisan lilin yang perlu dibersihkan dengan baik. 

Untuk membersihkannya, bilaskan cili dengan menggunakan air sejuk, kemudian gosok permukaan luar cili secara berhati-hati dengan span atau berus yang bersih. Beri perhatian yang lebih pada permukaan cili yang tidak rata.

Sayuran berakar

Unsplash

Walaupun anda boleh mengupas kulit luar lobak merah dan kentang, tetapi anda seharusnya mencuci sayur ini terlebih dahulu dan merendamkan mereka di dalam air sejuk, sebelum menggosokkan permukaan sayur ini agar habuk serta tanah yang melekat pada permukaan kulit luarnya boleh dibersihkan sepenuhnya.

Sayuran berdaun hijau

Unsplash

Debu atau pepijat yang lazimnya ditemui dalam sayuran salad adalah tidak baik untuk dimakan. 

Jadi untuk membersihkannya, rendam sayuran berdaun hijau dalam periuk besar dengan air sejuk selama 2 minit, dan kemudian bilaskan sayuran ini dengan menggunakan air mengalir bagi membuang habuk dan bakteria pada dedaun sayuran.

Bawang putih

Unsplash

Terdapat banyak habuk yang boleh bersembunyi di antara lapisan kulit bawang putih. 

Untuk membersihkannya, potongkan bawang putih menjadi dua bahagian yang memanjang, kemudian rendamkan bawang putih itu di dalam air sejuk, dan bilas dengan air untuk memastikan bahawa habuk di antara lapisan bawang putih dikeluarkan sepenuhnya.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular