Beruang memang comel jika hanya patung namun realitinya, beruang bukanlah sejenis haiwan yang selamat untuk kita pegang apatah lagi jika dipeluk seperti kebiasaan yang kita lakukan pada patung beruang!

Walaupun makhluk ini jarang menyerang manusia tetapi mereka cukup kuat dan ganas untuk menjadikan manusia sebagai makanannya, jadi mengapa kita perlu merisikokan diri, bukan?

Baru-baru ini, terdapat video yang menunjukkan sekumpulan wanita yang mendaki gunung di Mexico tular setelah kemunculan seekor beruang berwarna hitam menghampiri mereka.

@RexChapman/Twitter

Difahamkan bahawa mereka mendaki di Chipinque Ecological Park yang terletak di San Pedro Garza Garcia sebelum menghadapi detik-detik cemas berkenaan.

Ketika sedang dalam pendakian, mereka berhadapan dengan seekor beruang yang sepertinya memiliki rasa ingin tahu yang begitu kuat terhadap mereka.

@RexChapman/Twitter

Menerusi video yang dikongsikan, kumpulan pendaki tersebut kelihatan amat berhati-hati dan mematungkan diri mereka bagi mengelakkan beruang itu menjadi lebih agresif.

Sementara salah seorang daripada mereka juga kelihatan sempat mengambil gambar swafoto bersama dengan beruang tersebut. Beraninya!

@RexChapman/Twitter

Selain itu, beruang tersebut juga dilihat menghidu pada rambut wanita tersebut dan juga pada kakinya. Apalah yang beruang itu bau agaknya ya?

Manakala pendaki di sebelahnya pula kelihatan membelakangkan beruang tersebut, mungkin terlalu takut dan tidak sanggup bersemuka dengan beruang berkenaan.

@RexChapman/Twitter

Tidak berapa lama kemudian, beruang tersebut kelihatan berlalu pergi meninggalkan mereka. Mujurlah tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh mereka semua. Syukur!

Mungkin ketenangan kesemua pendaki ini perlu dijadikan contoh jika anda di luar sana berhadapan dengan beruang liar.

@RexChapman/Twitter

Pakar juga menasihati orang ramai agar kekal tenang dan jangan pisahkan ibu beruang dan anaknya jika anda berhadapan dengan mereka.

Selain itu, elakkan memberi mereka makan dan cuba untuk berlindung serta hindari daripada mengambil gambar kerana ia mungkin memicu mereka untuk bertindak ganas.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI VIDEO

Video Popular