Mereka yang miliki anjing peliharaan pasti pernah mengalami insiden si comel membuat muka dungu tidak bersalah selepas melakukan kesalahan yang meninggalkan impak emosi, membuat pemilik terpaksa melakukan kerja pembersihan besar-besaran. 

Seperti anjing baka Shiba Inu bernama Chico yang lincah dan comel ini tetapi pada masa sama amat nakal apabila suka membuat kacau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIKO 🐕 (@chiko_shiba_inu) on

chico_shiba_inu/Instagram

Chico suka membuat muka berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku selepas melakukan kesalahan walaupun sudah beberapa kali pernah dimarahi tuan, kerana dia ada bakat semula jadi iaitu pandai mengambil hati semua orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIKO 🐕 (@chiko_shiba_inu) on

chico_shiba_inu/Instagram

Suatu hari, Chico dengan suka hati keluar sendiri dari rumah dan bermain lumpur di hadapan rumah dengan gembiranya. 

chico_shiba_inu/Instagram

Selepas puas bermain guling-guling kaki dan muka dalam lopak berlumpur, kesemua empat kaki bersama mukanya yang comel itu penuh terpalit lumpur hitam, terus ternampak seperti musang kebingungan yang tersesat.

chico_shiba_inu/Instagram

Chico berpura-pura semuanya baik-baik belaka selepas dia memasuki rumah dengan muka selambanya yang bertukar warna kepada hitam selepas dipalit lumpur. Keempat-empat kakinya pula penuh dengan lumpur dan dia meninggalkan jejak-jejak hitam itu di dalam rumah sehingga ke bilik air.

chico_shiba_inu/Instagram

Sambil memandang wajah tuannya yang menahan geram, dia seperti mahu bertanya, “Kenapa pandang saya macam itu? Saya baik-baik sahaja, tidak buat apa-apa pun…”

chico_shiba_inu/Instagram

Chico terus diarah ke bilik air dan sambil memandang mukanya yang sayu itu, tuannya tidak sampai hati hendak naik angin melainkan hanya mampu tersenyum dan tergelak dengan keletah nakal si comel Shiba Inu.

chico_shiba_inu/Instagram

Pemilik Chico memuat naik video Chico bergelumang lumpur dan mengotorkan rumah dengan jejak berlumpur itu bersama kapsyen, “Saya rasa seperti sedang membela musang atau rakun. Kata dia: Kenapa ibu gelak? Lumpur? Apa lumpur? Ada sesuatu dekat muka sayakah?”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIKO 🐕 (@chiko_shiba_inu) on

chico_shiba_inu/Instagram

Chico yang nakal setiap hari, tetapi kebanyakan masa itu dia terus menceriakan hari ahli keluarganya dengan pelbagai keletah yang mencuit hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIKO 🐕 (@chiko_shiba_inu) on

chico_shiba_inu/Instagram

Tidak pernah melalui hari yang muram kerana si comel Shiba Inu bernama Chico sentiasa berada di sisi untuk menceriakan suasana.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular