Kebelakangan ini, ada sahaja projek mengubahsuai dan susun atur rumah bertujuan untuk mengindahkan lagi kediaman masing-masing, tular di internet.

Termasuklah usaha lelaki ini, Rodolfo Cabrera yang mentransformasikan loteng berdebu dan tidak digunakan menjadi tempat menyimpan pakaian yang moden dan kemas demi isteri tersayang.

@yagirljoss/Twitter

Projek tersebut dilakukan sendiri oleh Rodolfo yang juga merupakan seorang kontraktor. Dia menetap di Maryland dan memiliki syarikat pembinaan, Remodelling and Design LLC yang pakar dalam kerja-kerja dalaman untuk ruang kediaman dan juga untuk pengiklanan hartanah.

@yagirljoss/Twitter

Menurut Rodolfo, ruang loteng di atas biliknya itu tidak digunakan langsung jadi dia memutuskan untuk memanfaatkan potensi ruang berkenaan seboleh mungkin.

Mula-mula dia perlu membersihkan keseluruhan ruang itu memandangkan ianya dipenuhi habuk dan sedikit usang. “Ada banyak sarang labah-labah dan serangga di atas sana. Selepas membuangnya, dia mulakan pembingkaian dan memasang drywall.

@yagirljoss/Twitter

Setelah itu, Rodolfo memasang pula unit rak pada dinding, meletakkan rak dan juga barangan lain di dalamnya.

Sesudah itu, dinding di ruang loteng berkenaan dicat dengan warna putih manakala kayu dan lantai pula menggunakan warna kelabu.

Tema untuk keseluruhan loteng itu adalah moden – dengan skim warna hitam dan putih menjadi keutamaan.

Ruang pula digunakan dengan sebaik mungkin, di mana penyimpanan pada almari memuatkan hampir kesemuanya termasuklah rak kasut sehingga ke siling dan juga kabinet di atas almari.

@yagirljoss/Twitter

Selain itu, terdapat juga ruang solek yang besar bagi memudahkan isterinya bersiap serta menyimpan barangan peribadi dan aksesori. Sementara cermin panjang menjadikan ruang kelihatan lebih besar.

Tingkap besar juga diletakkan bagi membolehkan loteng itu mempunyai ruang tempat duduk kecil yang selesa lengkap dengan meja sisi.

“Semua ahli keluarga saya gembira dengannya. Bahkan anjing kami turut naik ke atas untuk ‘menjelajah’ ruang baru itu”.

@yagirljoss/Twitter

“Anak sulung saya, Joselin akan naik ke atas untuk mengambil gambar sementara yang lain akan ke sana untuk bermain sesama mereka atau duduk sahaja”, kata Rodolfo.

“Kami amat kagum kerana kami tahu ia akan kelihatan cantik tetapi bapa saya melakukannya melebihi jangkaan”, jelas Joselin.

Tambah Rodolfo, projeknya itu hanya memakan masa selama tiga minggu sahaja untuk disiapkan serta memerlukan pengubahsuaian struktur yang sedikit sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remodeling & Design llc (@remodelinganddesign) on

remodelinganddesign/Instagram

“Proses terakhir adalah untuk membina tangga. Ia agak memakan masa untuk disiapkan kerana ia tidak mempunyai sokongan pada bahagian sisi”, akhiri Rodolfo.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular