​​Ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan Parti Komunis China meningkat, media asing melaporkan bahawa pada 15 Julai yang lalu, pemerintah A.S. sedang mempertimbangkan untuk melarang anggota Parti Komunis China (PKC) dan keluarga mereka untuk masuk ke Amerika Syarikat dan ahli PKC yang berada di negara itu hendak dihantar pulang ke negara asal. Parti Komunis China mendakwa terdapat sekitar 92 juta orang ahli PKC di AS, namun kerajaan AS mengatakan bahawa seramai 270 juta warganegara China mungkin terjejas.

The New York Times memetik sumber yang mengatakan bahawa pemerintah A.S. sedang mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Imigresen dan Kewarganegaraan, yang digunakan terhadap umat Islam pada tahun 2017, untuk melarang sepenuhnya ahli Parti Komunis China dan keluarga mereka untuk masuk ke Amerika Syarikat .

AFP PHOTO/Mark RALSTON

Laporan The New York Times juga memetik kata-kata pakar yang mengatakan bahawa hal ini akan menimbulkan kemarahan orang ramai di China kerana jumlah orang yang terlibat sangat besar, namun sebaliknya telah berlaku.

Ketika berita ini mula diketahui oleh netizen di China, ramai yang menyatakan kegembiraan mereka di internet. Netizen di China malah mengucapkan terima kasih kepada Trump kerana apa yang dilakukan oleh presiden itu adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat China.

Beberapa orang netizen mengatakan bahawa, “Mimpi buruk ahli PKC telah tiba.”

Orang ramai juga mengatakan bahawa latar belakang politik seseorang harus dipastikan terlebih dahulu. Ahli PKC yang mahu masuk ke AS perlu diperiksa latar belakang mereka dahulu.

MARK RALSTON/AFP via Getty Images

Beberapa netizen mengatakan bahawa, “Anggota PKC adalah identiti politik. Apabila sekatan dilakukan ke atas identiti dan ideologi politik maka anda bukan milik rakyat. Mungkin bukan terlambat untuk keluar daripada PKC sekarang.”

Tidak hanya itu, ramai juga yang meluahkan rasa mereka dengan mengatakan bahawa anggota PKC hanyalah boneka yang mematuhi semua arahan PKC tanpa syarat dan mereka tidak berhak mendapatkan kehormatan dan hak asasi manusia.

Ahli PKC juga dikatakan tidak mempunyai motif yang baik. Mereka adalah golongan yang mementingkan diri sendiri dan mereka lah kumpulan terburuk di antara 1.4 bilion orang rakyat China. Hal ini kerana mereka yang menyertai parti ini hanya mahukan wang yang banyak.

“Orang-orang China yang mempunyai wang untuk melakukan pelaburan imigresen di Amerika Syarikat biasanya merupakan anggota parti. Sukar untuk menjana wang sekiranya mereka bukan ahli parti. Usahawan seperti Jack Ma dan Ma Huateng juga telah lama bergabung dengan parti itu. Sebilangan besar kakitangan kerajaan adalah anggota parti, dan anggota bukan parti sangat kurang. “

“Keputusan untuk melarang PKC memasuki Amerika Syarikat adalah sangat tepat! Oleh kerana mereka percaya pada komunisme, mereka, seperti Nazi, tidak memenuhi syarat untuk berinteraksi dengan dunia luar!”

Sebilangan netizen juga mempersoalkan bahawa PKC mempunyai sejumlah anggota yang sangat besar jadi operasi mengenal pasti identiti politik mereka sebenarnya agak sukar untuk dilakukan.

Untuk menjawab persoalan ini ada netizen mengutarakan pendapat mereka dengan mengatakan bahawa menyuruh rakyat China yang mahu masuk ke AS memuat naik mesej di media sosial mereka yang mengatakan bahawa mereka bukan ahli PKC, jika mereka menipu mereka boleh diambil tindakan lanjut dan hukuman boleh dikenakan ke atas mereka.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa tidak perlu risau dengan jumlah ahli PKC yang ramai kerana terdapat sebuah jabatan di Konsulat AS yang melakukan pemeriksaan ke atas mereka yang memohon visa AS. Dengan sebuah panggilan telefon sahaja mereka boleh mengetahui semua maklumat mengenai mereka yang memohon visa.

Jika mereka didapati menipu ketika permohonan dilakukan visa mereka akan ditolak seumur hidup dan jika mereka telah menjadi warganegara AS, taraf kewarganegaraan mereka akan dicabut dan mereka akan dihantar pulang semula ke negara asal.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular