- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Anak perempuan ketua suku Paiwan sangat cantik, kenakan pakaian pengantin tradisional ketika berkahwin dengan suami 20 tahun lebih tua

Kebanyakan pasangan pengantin zaman kini akan mengenakan pakaian pengantin gaun putih dan sut hitam putih ketika berkahwin, namun ada juga kalangan mereka yang tidak melupakan pakaian pengantin tradisi dengan adat-istiadatnya membuat satu majlis perkahwinan itu amat menarik untuk dihadiri.

Seorang ketua kampung suku kaum asli Paiwan di Taiwan telah mengahwinkan anak perempuannya pada tahun lalu dalam satu upacara perkahwinan menurut adat Paiwan yang unik dan istimewa.

Peekme [1]

Pengantin perempuan telah memuat naik gambar perkahwinan menunjukkan dia memakai pakaian pengantin tradisional yang unik di laman media sosial miliknya dengan kapsyen, “Kerana saya anak perempuan ketua suku Paiwan, perkahwinan ini menjadi sangat istimewa.”

Ketua suku kaum Paiwan mengadakan majlis perkahwianan anak perempuan kesayangannya yang cantik dengan penuh adat-istiadat tradisi suku kaum asli itu dengan tumpuan semua hadirin kepada pengantinnya yang memakai pakaian pengantin tradisional Paiwan yang berwarna merah bersulam dengan perhiasan kepala dan tubuh yang diperbuat daripada manik dan perak yang unik serta penuh warna-warni.

Peekme [1]

Semasa upacara perkahwinan, sekumpulan pemuda kampung yang turut menyarung pakaian tradisional mengusung pengantin perempuan dengan tandu sambil diiringi saudara-mara lebih tua dan rakan-rakan yang turut berpakaian tradisional mendoakan kebahagiaan pengantin dengan nyanyian ucapan selamat.

Para tetamu datang meraikan perkahwinan dengan membawa pelbagai hadiah berupa makanan, minuman serta pelbagai barangan lain sebagai tanda memberi keberkatan kepada kedua pasangan pengantin. 

Peekme [1]

Akhirnya, pengantin lelaki muncul dengan turut memakai pakaian tradisional suku asli Paiwan. Dia memakai perhiasan kepala yang unik dengan baju pengantin bersulam dan bermanik serta berselendang biru yang diletakkan di bahu kanannya.

Pengantin perempuan yang cantik berkata suaminya berasal dari bandar berusia 20 tahun lebih tua daripadanya. Walaupun keletihan, mereka berdua sangat gembira meraikan perkahwinan yang meriah disambut oleh seluruh penduduk kampung. 

Peekme [1]

Pengantin perempuan mengucapkan terima kasih kepada suami yang sudi mengahwini gadis kampung sepertinya, tambahan pula dia berketurunan suku kaum orang asli Paiwan.

loading...