Jika kita cukup bertuah, kadang-kala kita dapat dipertemukan dengan haiwan yang benar-benar mempunyai bakat yang lain daripada yang lain.

Dan burung yang akan anda saksikan dalam entri ini, adalah salah satu daripada haiwan yang berbakat itu.

@RexChapman/Twitter

Menerusi kiriman di laman Twitter oleh Rex Chapman, yang merupakan salah seorang daripada bekas pemain bola keranjang Amerika Syarikat, seekor burung peliharaan berwarna putih dirakam menari-nari sambil menggerakkan tubuh badannya mengikut rentak bunyi loceng telefon bimbit yang dipasang. 

@RexChapman/Twitter

@ChadBlue_/Twitter

Yang lucunya, setiap gerak-geri yang dilakukannya memang benar-benar tepat dan bersesuaian sekali dengan lagu yang sedang dipasang. Lucu betul!

@RexChapman/Twitter

Satu jenis lagu, satu jenis tarian! Tiada satu pun yang diulang “tayang”!

@RexChapman/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuat naik pada pagi 15 Julai lalu ini telahpun menjadi tular sehingga meraih sebanyak lebih dari 101,100 sukaan, lebih dari 38,700 ulang kicau dan lebih dari 1,500 komen daripada warganet yang ternyata berasa sangat terhibur dengan gelagat burung itu.

“Kiriman ini telah menggembirakan sepanjang hari saya, saya sangat jatuh cinta dengan makhluk yang cantik ini, kakak saya pernah memiliki (burung begini) pada tahun yang lalu tetapi burung itu tidak pernah melakukan ini, walaupun burung itu sukakan muzik dan menari di tempatnya”

@RexChapman/Twitter

“Saya benar-benar tidak mahu (video) ini tamat”

@RexChapman/Twitter

“Ini adalah salah satu (video) kegemaran saya. Kita semua memerlukan burung ini, terutama pada pengakhiran hari yang buruk. Ketawa yang paling seronok yang pernah saya ada untuk beberapa minggu ini”

@RexChapman/Twitter

Nampaknya, burung yang sungguh berbakat ini benar-benar telah menghiburkan orang ramai dengan gelagat tariannya. Melihatnya, kita pula terasa seperti mahu menari!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular