- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Gambar tular di Twitter jadi punca rezeki seorang tukang kayu yang kini bergelar model

RIYADH – Hidup seorang tukang kayu yang menjalani kehidupan biasa di Pakistan berubah 360° apabila terdapat tweet memaparkan gambarnya di laman sosial Twitter menjadi tular sekali gus menyebabkan dia kini dikenali sebagai seorang model.

Twitter @MuhammadWaqas1_ [1]

Memetik laporan media tempatan, Gulf News melaporkan bekas tukang kayu yang dikenali sebagai Muhammad Waqas berusia 24 tahun ini mula menetap di Arab Saudi sejak empat tahun yang lalu.

Menurut laporan, Waqas sememangnya memasang impian untuk bergelar seorang model namun tidak memiliki keyakinan dan harapan yang tinggi.

Twitter @MuhammadWaqas1_ [1]

“Saya datang ke sini untuk bekerja sebagai tukang kayu dan tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang model. Pada suatu hari, saya melihat seorang rakan bernama Faisal menyunting gambar dan memberitahunya mengenai cita-cita saya untuk menceburi bidang peragaan di Pakistan tetapi tidak berkesempatan”.

Twitter @MuhammadWaqas1_ [1]

Jelas Waqas lagi, Faisal kemudian telah mengambil gambarnya lalu memuat naik gambar tersebut ke laman Twitter dengan harapan akan ada individu tertentu yang melihat bakat semulajadi Waqas sekali gus dapat membantunya mengecapi impian sebagai seorang model yang berjaya.

Malah, seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Tamimi turut membantu mempromosi Waqas dengan meminta mana-mana agensi permodelan untuk mengambil Waqas sebagai model.

Tidak lama kemudian, Waqas telah dilamar oleh sebuah syarikat pakaian untuk menjadi model bagi sebuah iklan.

Twitter @MuhammadWaqas1_ [1]

Kini, nama Waqas [1] semakin menjadi sebutan ramai malah beliau turut meraih jumlah pengikut yang ramai di Twitter.

Semoga Waqas akan terus berjaya mencipta nama di persada permodelan dan membantu mengubah nasib diri dan keluarganya.

loading...