Fasa membesarkan anak-anak kadang kala agak rumit dan memeningkan kepala. Sebagai ibu bapa, kita memikul satu tanggungjawab yang besar terhadap hampir semua tindakan anak-anak.

Jika nakal, jadilah nasib seperti ibu bapa di China ini. Mereka terpaksa bertanggungjawab dan menanggung kos pembaikan istana kaca yang dipamerkan di Muzium Kaca Shanghai.

Ini kerana, istana The Fantasy Castle itu pecah dan hancur berkecai selepas dua orang kanak-kanak dipercayai bermain kejar-kejar lalu salah seorangnya melanggar tali yang diikat di sekelilingnya.

CGTN

Tindakan itu menyebabkan istana kaca berkenaan jatuh, selain memecahkan puncak utama serta merosakkan struktur yang lain.

Menurut sumber, The Fantasy Castle tersebut dibina berasaskan Istana Cinderella daripada Disney World. Ia dibina oleh pembuat kaca Sepanyol, Miguel Arribas yang memakan masa 500 jam!

Binaan kaca tersebut difahamkan telah dibawa ke muzium itu pada tahun 2016 dan dianggarkan bernilai 450,000 yuan (RM274,109,53).

@arribasbrothers/Twitter

Memang mahal kerana ia mengambil kira perincian serta menara pada istana tersebut yang diperbuat daripada emas 24 karat!

Ianya juga merupakan istana kaca tiup paling besar pernah dihasilkan di dunia.

Dalam pada itu, pihak pengurusan muzium meminta agar Arribas dan pasukannya dapat datang dan membaiki binaan kaca terbabit.

CGTN

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana sekatan perjalanan ekoran penularan COVID-19.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan difahamkan telah meminta maaf dan berjanji untuk bertanggungjawab ke atas kos pembaikian yang bakal dilakukan.

Agak ‘menakutkan’! Oleh itu, sentiasa awasi tindakan anak-anak anda lebih-lebih lagi jika melawat tempat yang sangat berisiko untuk dirosakkan seperti ini ya..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular