Dalam kebanyakan budaya, hantaran boleh membawa maksud yang tersendiri.

Misalnya bagi budaya masyarakat Nusantara yang majoritinya merupakan penganut agama Islam, maksud di sebalik hantaran dalam perkahwinan adalah seperti pemberian hadiah kepada pasangan pengantin masing-masing.

Mashable

Hadiah yang diberikan dalam hantaran bagi masyarakat Nusantara kebiasaannya adalah seperti sepersalinan pakaian, manisan, sepersalinan pakaian sembahyang dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, sepasang pasangan pengantin dari Indonesia, Iwan Firman Wahyudi, 24, dan isterinya, Helmi Susanti, 20, menjadi bualan ramai selepas Helmi menerima hantaran yang sangat unik daripada Iwan ketika majlis pernikahannya dilangsungkan pada 3 Julai lalu.

Mashable

Menurut perkongsian oleh laman Lombok Post, pasangan muda itu telah menetapkan sepasang selipar Jepun dan segelas air suam sebagai hadiah hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak wanita.

Penetapan hantaran yang serba sederhana ini dilaporkan merupakan idea daripada Helmi sendiri yang tidak mahu membebankan suaminya dengan hadiah hantaran yang mahal. 

Mashable

Walaupun kedua ibu bapa Helmi telah menetapkan jumlah hantaran sebanyak Rp40 juta (RM11,819.14), namun Helmi tetap gembira dengan pemberian selipar Jepun yang bernilai RM2.99 daripada suaminya yang dibeli di sebuah kedai berdekatan dengan rumah suaminya.

Malah, Helmi berniat mahu menyimpan hadiah hantaran berkenaan dengan baik untuk ditunjukkan kepada anak-anaknya nanti.

Alahai, manis sungguh kisah ini. Benarlah kata orang, masih ada lagi wanita yang tidak pentingkan harta kekayaan pada zaman ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular