LOS ANGELES – Pemeriksa perubatan daripada Ventura County pada 14 Julai mengesahkan kematian bintang Glee, Naya Rivera adalah akibat lemas.

Syerif Ventura County, Bill Ayub mengatakan bahawa hasil pemeriksaan awal pada mayat Rivera mendapati tiada penemuan sebarang bukti membabitkan unsur jenayah dan bunuh diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Rivera yang berusia 33 tahun, ditemui di Tasik Piru, berhampiran dengan Los Angeles pada 13 Julai lalu – selepas lima hari dilaporkan hilang ketika sedang menaiki bot bersama anak lelakinya.

FREDERIC J. BROWN/AFP via Getty Images

Selain itu, laporan pemeriksaan kesihatan juga mendapati bahawa tiada petunjuk penggunaan dadah atau alkohol pada mayat beliau, selain tiada kecederaan trauma mahupun keadaan perubatan lain.

Mayat Rivera ditemui di permukaan tasik, iaitu di kawasan bot berkenaan ditemui – dengan kedalaman 11 hingga 18 meter.

Manakala anak lelakinya, Josey ditemukan bersendirian dan tidur di dalam bot. Menurut pihak berkuasa, Josey memberitahu bahawa dia dan ibunya sebelum itu berenang di tasik berkenaan.

Tambah Bill, pihak berkuasa masih belum jelas tentang apa yang berlaku namun Josey memberitahu bahawa Rivera menolaknya masuk ke dalam bot.

ROBYN BECK/AFP via Getty Images

Namun apabila Josey menoleh ke belakang, dia melihat ibunya hilang daripada permukaan air. Rivera juga tidak memakai jaket keselamatan.

Bill memaklumkan bahawa arus deras di tasik itu dipercayai berkemungkinan menjadi punca insiden yang meragut nyawa berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Rivera terkenal dengan wataknya sebagai Santana Lopez dalam siri drama muzikal popular, Glee yang dilakonkannya sebanyak enam musim.

Sebelum ini, pelakon watak Finn (Cory Monteith) di dalam siri drama itu juga dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2013 ekoran pengambilan dadah secara berlebihan.

Begitu juga dengan pelakon watak Puck (Mark Salling) yang membunuh diri selepas didapati bersalah ekoran memiliki pornografi kanak-kanak.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular