KUALA LUMPUR – Keterujaan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia untuk memulakan semula sesi persekolahan bertukar suram apabila seorang pelajar dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian itu berlaku selepas pelajar daripada 3 Amanah terbabit pengsan dan rebah di dalam kelas sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan.

Gambar Hiasan/Facebook

Berdasarkan rekod pemeriksaan suhu pelajar terbabit, pihak sekolah mendapati bahawa tubuhnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda demam atau tidak normal.

Kematian pelajar tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamad Mokhsein Mohamed Zon.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian”.

Menurut sumber, pelajar berusia 15 tahun itu berada dalam keadaan sihat sebelum mangsa tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular