MUMBAI – Bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dilaporkan sah dijangkiti dengan virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19) sehari selepas bapa mertuanya Amitabh Bachchan turut dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus yang sama.

Aishwarya Rai Bachchan/Facebook

Anak perempuannya yang baru berusia lapan tahun, Aaradhya turut dilaporkan dijangkiti virus berkenaan menurut kenyataan Perbadanan Pembandaran Brihanmumbai (BMC).

Suami Aishwarya yang juga anak kepada Amitabh Bachchan, Abhishek turut disahkan dijangkiti virus ini namun kes beliau dan bapanya hanyalah kes yang ringan.

@juniorbachchan/Twitter

“Aishwarya dan Aaradhya juga disahkan positif Covid-19. Mereka berdua akan menjalani perintah kuarantin di rumah. Ahli keluarga yang lain termasuk ibu saya disahkan negatif. Terima kasih di atas doa anda semua,” kata Abhishek.

Tambah beliau lagi, “Saya dan bapa akan kekal berada di hospital sehingga keputusan doktor keluar. Sila berjaga-jaga dan pastikan keselamatan anda. Tolong patuhi semua peraturan!”.

Aishwarya Rai memenangi pertandingan Ratu Dunia pada tahun 1994 dan mula melibatkan diri dalam dunia lakonan pada penghujung tahun 1990-an. Nama beliau kemudian menjadi sebutan ramai di peringkat antarabangsa di mana beliau seringkali menjadi jemputan di acara karpet merah di Festival Filem Cannes.

Pada Ahad yang lalu, India dilaporkan menerima jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 28,600 kes dalam sehari. Secara keseluruhannya, negara India mempunyai sebanyak 850,000 kes jangkitan Covid-19 dan menjadi negara ketiga dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global

Maybe you're interested :

Share

Video Popular