Tatkala jangkitan COVID-19 masih lagi meningkat di Amerika Syarikat, sejenis bakteria yang tidak pernah didengari sebelum ini, telah ditemui di California.

Ia sekali gus menjadi penyebab kepada kematian 60,000 ekor ikan. Pakar menjelaskan bahawa pihaknya masih belum mengetahui daripada mana asalnya virus misteri berkenaan.

San Francisco Chronicle melaporkan bahawa bakteria ini dikenali sebagai ‘Gringnard lactis’ (Lactococcus garvieae) – belum pernah ditemui sebelum ini sehinggalah April lalu di California.

Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar California

Difahamkan juga sebanyak 60,000 ekor ikan di pusat pembiakan ikan, Mojave River Hatchery yang terletak di daerah San Bernardino, telah dijangkiti dengan bakteria berkenaan.

Selain itu, dua buah pusat pembiakan ikan di Lembah Owens juga turut dilanda dengan jangkitan bakteria misteri itu. Kira-kira 3 juta ikan trout dan spesies yang lain dikuarantin.

Ahli patologi ikan masih tidak mengetahui daripada masa asalnya ‘lactococcus gringnis’ ini. Mereka cuba untuk memahami mengapa banyak rawatan melawan bakteria itu tidak berkesan.

High Desert Daily

Pegawai Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California, Jay Rowan memberitahu, “Sejujurnya kami mempelajari pengetahuan dan ilmu baru mengenai bakteria pada setiap hari”.

Pihaknya juga mengatakan bahawa kebanyakan rawatan untuk ikan yang telah dijangkiti dengan bakteria ini, tidak berkesan.

Pegawai yang berkaitan juga telah meletakkan makanan yang mengandungi antibiotik di lokasi penetasan Sungai Mojave, yang menelan kos lebih daripada $75,000.

Ikan yang dijangkiti bakteria ini berkemungkinan untuk menunjukkan simptom seperti mata yang membonjol, gaya berenang yang tidak normal, kulit menjadi gelap dan bengkak pada perut.

High Desert Daily

Namun anehnya apabila ikan yang dijangkiti juga berkemungkinan untuk tidak menunjukkan sebarang simptom – sama seperti pesakit yang telah dijangkiti dengan COVID-19.

Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar California mengatakan jangkitan daripada manusia kepada ikan jarang dan tidak mungkin berlaku, walaupun sebelum ini jangkitan sebegitu pernah terjadi.

Tambah Rowan, kaedah rawatan yang masih tidak berkesan menyebabkan dia tidak bersedia untuk membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan selanjutnya.

Namun dia tidak menafikan kenyataan bahawa pihaknya mungkin akan menjalani satu tempoh ‘peperangan’ yang panjang bagi menangani bakteria berkenaan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular