Memandangkan pandemik COVID-19 masih melanda dunia dan kita perlu terus berjaga-jaga dengan mengamalkan norma baharu yang sedikit sebanyak mengehadkan pergerakan bebas serta urusan kita, namun kehadiran teknologi terkini nampaknya banyak membantu.

Kebiasaan semua orang sekarang adalah mengamalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan dan memeriksa suhu badan sebelum memasuki mana-mana premis yang melibatkan orang ramai termasuk kini ke atas semua sekolah yang baru dibuka.

@NurAmirahNadiah/Twitter

Sebahagian pelajar sekolah yang terlibat menduduki peperiksaan tahun ini sudah memulakan persekolahan baru-baru ini dengan setiap sekolah di Malaysia perlu mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. 

@NurAmirahNadiah/Twitter

Sebagai pemudah cara dan penambahbaikan kepada SOP ini, sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah telah memanfaatkan teknologi terkini pengimbas kod QR dalam telefon pintar, tetapi telah diubah suai ke satu tahap lain yang lebih canggih serta menjimatkan masa ketika kemasukan pelajar dan guru ke sekolah.

@NurAmirahNadiah/Twitter

Seorang netizen @NurAmirahNadiah telah memuat naik satu rakaman video di Twitter menunjukkan sekolah ini menggunakan teknologi canggih ketika mengimbas suhu badan para pelajar menggunakan kod QR bersama pengimbas suhu badan secara serentak.

Dengan menggunakan teknologi ini, data para pelajar dan status kesihatan mereka terus diketahui secara automatik.

@NurAmirahNadiah/Twitter

Kapsyen @NurAmirahNadiah bersama muat naik video itu, “Sekolah mana ni? Saya sangat kagum dengan teknologi sekarang…”

Sekolah yang dimaksudkan adalah Sekolah Menengah Taman Ria Jaya di Sungai Petani yang dilabel kalangan netizen sebagai sekolah hebat lain daripada lain kerana menggunakan teknologi canggih penuh bermanfaat.

@NurAmirahNadiah/Twitter

Kalangan lebih 900,000 netizen yang menonton video itu menyatakan rasa kagum melihat kecanggihan teknologi terkini yang jauh berbeza berbanding zaman persekolahan mereka.

@NurAmirahNadiah/Twitter

Selain mengucapkan syabas kepada pihak sekolah yang begitu inovatif mencipta kaedah ini demi menjaga keselamatan para pelajar dan guru serta memastikan kesihatan mereka terpelihara dengan baik.

@NurAmirahNadiah/Twitter

Menjadi contoh penggunaan teknologi terbaik yang mampu dimanfaatkan untuk kegunaan lain pada masa akan datang, selepas pandemik COVID-19 telah reda dan menemui vaksinnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular