Tidak sukar untuk melakukan sekecil-kecil kebaikan malah setiap hari kita boleh sahaja melakukan kebaikan walaupun pada mata kita ianya tidak seberapa. Apa yang kita lakukan mungkin tidak memberi apa-apa kebaikan kepada kita tetapi untuk mereka yang menerima bantuan atau pertolongan pastinya sangat berterima kasih dan bersyukur.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh beberapa ekor anjing dalam video ini apabila mereka dibantu oleh individu asing bagi mereka.

Apa yang berlaku ialah anjing-anjing tersebut telah ditinggalkan oleh tuan mereka di rumah selama beberapa hari. Apa yang menyedihkan ialah mereka sedang dalam keadaan kelaparan memandangkan tiada yang memberikan mereka makan dan minum.

Namun, mereka beruntung apabila dibantu oleh seorang lelaki, Raam RAAGA telah masuk ke kawasan rumah itu untuk memberikan mereka makan. Jika dilihat pada mangkuk makanan mereka jelas sekali ianya kosong dan pastinya mereka sedang menunggu seseorang untuk memberi makanan.

Misi memberi anjing makan itu dilakukan sekali lagi oleh lelaki ini dan kali ini rakaman tersebut di muat naik ke laman Facebook miliknya. Kelihatan Raam telah memanjat pagar dan masuk bersama makanan untuk memberi anjing-anjing itu makan memandangkan dia sendiri tidak tahu bila tuan rumah itu akan pulang semula.

Ramai netizen di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Raam atas keperihatinannya ke atas anjing-anjing itu. Walaupun dia sendiri tidak kenal dengan pemilik rumah itu namun dia sanggup masuk ke dalam semata-mata untuk memberi makan dan minum kepada anjing-anjing terbiar itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular