Umum sedia maklum akan penularan wabak COVID-19 yang bermula di China pada penghujung tahun lalu, di mana kemudiannya tersebar ke seluruh dunia dan tidak terkecuali, Malaysia.

Oleh yang demikian, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengekang virus merbahaya itu daripada terus tersebar ke dalam komuniti.

Sehingga ke hari ini, kita perlu meninggalkan info penting seperti nama dan nombor telefon jika masuk ke mana-mana premis bagi memudahkan tugas pihak berwajib mengesan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Foto hiasan/YouTube

Atau pilihan yang lebih mudah khususnya buat generasi muda, adalah dengan menggunakan imbasan kod QR menerusi aplikasi MySejahtera ataupun kamera pada telefon pintar masing-masing.

Foto hiasan/Majlis Keselamatan Negara

Apa yang penting, prosedur operasi standard (SOP) perlu sentiasa dipatuhi. Namun seorang pak cik berjaya menarik perhatian warganet apabila menggunakan satu kaedah yang mungkin tidak difikir dek orang!

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Masnita bt Talib yang memperolehi kisah itu daripada aplikasi Whatsapp. Ia mengisahkan keadaan individu yang pada ketika itu, ke kafeteria di KPJ Seremban untuk makan.

Masnita Bt Talib/Facebook

Sesudah selesai, individu itu kemudian beratur di kaunter untuk membuat pembayaran. Pada ketika itu, dia beratur di belakang seorang lelaki berusia. “Pakcik tolong tulis nama dalam buku ya”, kata juruwang di kaunter.

Sempat juga individu berkenaan terfikir bahawa agak sukar untuk warga emas ke mana-mana memandangkan mereka kebanyakannya tidak menggunakan telefon pintar, seperti ibunya.

Mereka perlu menulis sendiri nama dan sudah pasti akan mengambil masa. Mereka yang berusia perlu mengeluarkan dahulu cermin mata sebelum mula menulis.

Namun tidak bagi lelaki berusia di hadapannya ya! Lelaki berkenaan dengan bersahaja menyeluk poketnya lalu mengeluarkan satu ‘benda’.

“Pappppp! Ishak bin Mat Hassan, Batu Kikir, 019-XXXXXXX”, tulis individu itu. Rupanya lelaki berusia terbabit ternyata lebih bijak dan kreatif – dengan hanya menggunakan cap nama sahaja!

Masnita bt Talib/Facebook 

Mengintai di ruangan komen, ramai pengguna yang rasa terhibur namun tetap mengagumi kreativiti pakcik berkenaan.

Masnita bt Talib/Facebook 

Masnita bt Talib/Facebook 

Masnita bt Talib/Facebook 

Masnita bt Talib/Facebook 

Sangat memudahkan. Selain menjimatkan masa, ianya juga dapat mengurangkan sentuhan menerusi perkongsian pen bukan? Idea yang bernas!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL Ria

Video Popular