Semua orang pasti pernah berhadapan dengan situasi di mana stokin yang anda hendak pakai untuk ke tempat kerja atau ke sekolah tiba-tiba hilang sebelah. Pasti pagi anda akan menjadi kelam-kabut sekali gus menjejaskan mood seharian anda. Ke mana agaknya stokin ini hilang ya? Setiap kali mencuci pasti ada helaian stokin yang hilang. Tidak wajar pula untuk kita sentiasa membeli stokin yang baharu, membazir bukan?

Seorang netizen dari California baru-baru ini telah membuat pendedahan mengejutkan dan membuatkan orang ramai tergamam dengan kenyataannya. “Mesin basuh saya menelan stokin”. Wanita yang dikenali sebagai Cathy Hinz itu mendakwa seringkali berhadapan dengan masalah di mana stokinnya selalu hilang dan tidak ditemui di mana-mana.

Pada suatu hari, mesin basuh di rumahnya tidak berfungsi dengan baik. Oleh demikian, Cathy telah meminta bantuan daripada suaminya untuk membaiki mesin basuh itu. Alangkah terkejutnya pasangan ini apabila mendapati longgokan stokin yang berwarna-warni di bahagian bawah mesin basuh tersebut! Jadi, di sinilah stokin-stokin ini ‘disembunyikan’ selama ini…

Jelas Cathy lagi, kesemua stokin yang dijumpai itu adalah stokin yang pernah hilang sejak beberapa tahun yang lalu! Malah, Cathy dan suaminya turut menemui kad kredit yang lama hilang dan sejumlah wang bernilai USD7 (RM30).

“Jika anda pernah kehilangan stokin, mungkin ianya telah ditelan oleh mesin basuh di rumah anda,” kata Cathy.

Perkongsian ini meraih lambakan respon daripada warganet. Ada yang terkejut dan ada juga yang sudah lama mengesyaki punca kehilangan stokin mereka ada perkaitan rapat dengan mesin basuh di rumah masing-masing.

“Saya juga menghadapi masalah yang sama. Sekarang saya cuma akan membeli 10 pasang warna stokin yang sama pada satu-satu masa”.

“Memang benarlah tekaan saya mesin basuh yang menelan kesemua stokin ini”.

“Saya juga mahu buka mesin basuh dan temui harta karun yang selama ini tersembunyi”.

Mungkin selepas ini, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali, anda boleh menggunakan beg khas untuk mencuci pakaian anda bagi mengelakkan kes kehilangan atau membeli warna stokin yang sama supaya masih berlaku kehilangan sebelah stokin, anda boleh menggunakan stokin yang baharu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular