China yang masih menghadapi ancaman wabak Virus PKC (COVID-19), terus dilanda gelombang demi gelombang bencana alam pada ketika ini.

Selama beberapa minggu hujan lebat telah mencetuskan bencana banjir terburuk sejak beberapa dekad, yang menyebabkan malapetaka di 26 wilayah di seluruh bahagian China tengah dan selatan yang mengganggu kehidupan lebih daripada 19 juta orang.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ribut hujan ais dan gempa bumi juga melanda sebahagian negara, bersama serangan kawanan belalang ke atas kawasan pertanian dan penyakit bawaan haiwan terus menambah kesengsaraan negara tersebut.

STR/AFP via Getty Images

Hampir 50 juta rakyat China telah terkesan dengan bencana alam pada separuh pertama tahun ini, demikian menurut pihak pengurusan bencana dan kecemasan di China.

Angka rasmi yang dikeluarkan menyatakan bencana alam telah mengakibatkan 271 orang terkorban atau hilang, dan seramai 914,000 mangsa telah dipindahkan tetapi jumlah sebenar  mungkin jauh lebih tinggi, memandangkan kecenderungan para pegawai untuk menyembunyikan maklumat.

Hujan hampir setiap hari di kawasan penempatan terbesar di China sejak bulan Jun telah menyebabkan kira-kira 300 sungai melebihi tahap amaran bahaya dan mendorong puluhan bandar menghantar amaran kecemasan atau amaran merah.

Ramai kalangan rakyat yang terkesan menceritakan rumah dan kereta dihanyutkan air bah ketika hujan ribut melanda.

Youtube

Wilayah Hubei di China tengah di mana bandar Wuhan terletak yang mencetuskan pandemik global Virus PKC (COVID-19) turut dilanda hujan lebat dan banjir besar.

Jumlah taburan hujan luar biasa yang belum pernah terjadi sebelum ini  telah melumpuhkan ratusan jalan, membanjiri lima tasik utama di wilayah ini dan menyebabkan hampir 1,100 takungan air melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

Seorang penduduk tempatan mendedahkan dalam video yang menunjukkan air setinggi paras lutut atau lebih telah memenuhi jalan raya di Wuhan.

Youtube

Di Shanghai, trio hujan lebat, angin ribut dan ribut petir telah menggemparkan warga tempatan untuk terus terjaga pada awal pagi 6 Julai. Air hujan yang terkumpul di atas bumbung pusat membeli-belah mula melimpah, sementara air mengalir dan melimpah keluar dari penutup lubang saliran bawah tanah, demikian menurut penduduk tempatan dalam akaun media sosial melalui video yang dikongsi di internet. 

Di bandaraya Chongqing di barat daya China, air berlumpur membuak deras dan membanjiri bangunan kediaman serta premis perniagaan membentuk air terjun buatan.

Sekiranya keadaan bencana alam ini berlanjutan, penduduk tempatan dan pakar bimbang bahawa Empangan Three Gorges yang merupakan salah satu antara terbesar di dunia, mungkin akan pecah kerana tekanan air yang meningkat, mengakibatkan beratus juta penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Yangtze mengalami risiko bencana.

Youtube

Banjir yang teruk di sebuah daerah di wilayah timur Anhui telah menyebabkan peperiksaan kemasukan perguruan tinggi nasional yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan selama sebulan kerana virus telah ditunda lebih lama. Ketika bencana melanda, hanya satu per empat dari 2,000 pelajar yang mendaftar berjaya tampil dengan ada di antaranya yang tiba ke pusat peperiksaan dengan menaiki bot.

Bencana banjir besar juga telah menyebabkan jalan menuju ke lokasi pelancongan telah runtuh dan menghancurkan terowong di bawahnya, mewujudkan lubang besar seperti pembentukan gaung berukuran lebih tujuh meter.

Getty Images

Bencana alam disusuli krisis malapetaka lain.

Sementara itu, sekumpulan jutaan belalang perosak telah menyerang tanaman di beberapa wilayah pertanian sejak bulan Jun yang mana turut terkesan dilanda banjir dan cuaca buruk.

Sebuah daerah pertanian di Quanzhou di selatan bandar Guilin yang turut dilanda banjir, telah diserang oleh jutaan belalang perosak selama 10 hari yang memusnahkan ladang jagung dan bijirin lain, termasuk tanaman limau dan pokok willow yang ditanam di sepanjang tebing sungai untuk mencegah banjir, menurut penduduk kampung.

Youtube

Seorang petani tempatan berkata selain merosakkan hasil tanaman, belalang turut memakan daun yang mana bencana tersebut telah bermula sejak awal bulan Jun. Serangan belalang di wilayah Hunan telah menyebabkan penduduk bersembunyi di dalam rumah dan menutup tingkap dengan rapat, ketika serangga tersebut mengerumuni seluruh kawasan pertanian.

Walaupun pengkritik dan penduduk tempatan telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan krisis makanan akan berlaku berikutan pelbagai bencana yang berlaku baru-baru ini, pakar pertanian terkemuka China, Yuan Longping menolak kenyataan tersebut secara optimistik.

Youtube

Pegawai dari bandar Chengdu di Sichuan telah mengeluarkan pemberitahuan yang mencadangkan penduduk kampung dan pedalaman mengubah suai kebun buah mereka menjadi sawah padi bagi menampung masalah kekurangan makanan.

Sementara itu, selesema babi Afrika yang pertama kali berlaku di kalangan populasi babi di China pada bulan Ogos 2018, telah muncul kembali di sembilan wilayah di China, termasuk Hubei, Yunnan, dan Jiangsu. 

Menurut kajian pada 29 Jun yang diterbitkan dalam jurnal ‘Proceedings of the National Academy of Sciences’ yang berpusat di Amerika Syarikat, menyebut para penyelidik di China telah mengenal pasti virus selesema babi bernama G4, yang mampu dipindah dan menular di kalangan manusia.

Youtube

Virus ini berkembang dari regangan virus H1N1 yang menyebabkan pandemik global selesema babi pada tahun 2009 dan ia telah dikesan dalam kalangan lebih 30,000 ekor babi di 10 buah wilayah di China dalam beberapa tahun terakhir.

Manakala pihak berkuasa di Mongolia telah mengeluarkan peringatan ekoran seorang pesakit dimasukkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti wabak bubonic, penyebab wabak Black Death yang menyerang Eropah lebih 670 tahun yang lalu.

Sebuah bandar di barat daya wilayah Guizhou yang juga mencatatkan hujan lebat dan banjir turut mengalami dua gempa bumi kecil berukuran 4.2 skala richter pada 2 Julai.

Youtube

Sementara bandar-bandar di utara China termasuk Beijing dan Baoding di wilayah Hebei yang berdekatan melihat hujan batu membanjiri bandar mereka pada 1 dan 5 Julai. 

Pada akhir bulan Jun, ribut petir di Beijing berlanjutan selama tujuh jam, menurunkan hujan batu sebesar ukuran telur yang menyerupai bentuk Virus PKC (COVID-19).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular