Jenayah boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu sentiasa peka dan jangan terleka dengan persekitaran.

Terdapat satu video yang dikongsi di laman Facebook, di mana ia menunjukkan rakaman daripada kamera papan pemuka sebuah kereta.

Video bertarikh 4 Julai itu menunjukkan seorang wanita tanpa disangka-sangka telah menjadi mangsa ragut oleh seorang penunggang motosikal.

Insiden itu dipercayai berlaku di Taman Bukit Maluri, Kepong. Keadaan jalan berhadapan dengan barisan lot kedai pada ketika itu sedikit sesak dan beberapa kereta kelihatan berhenti.

Sehinggalah muncul sebuah motosikal yang cuba juga untuk melalui jalan berkenaan walaupun terdapat kereta yang berhenti berdekatan dengannya.

Xeno Hzl/Facebook

Semasa melalui jalan tersebut, penunggang motosikal berkenaan melihat mangsa keluar daripada sebuah kedai dengan barangan penuh di kedua-dua tangannya.

Suspek kemudian dengan pantas meragut barangan berharga yang dipakai pada tubuh wanita itu – kelihatan seperti seutas rantai dan dia kemudiannya segera melarikan diri.

Xeno Hzl/Facebook

Sudah pasti mangsa berasa begitu terkejut kerana ianya berlaku dengan sangat pantas dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh mangsa untuk mendapatkan barangannya kembali.

Insiden ini membuatkan kita semua patut sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran terutamanya ketika berjalan kerana malang ternyata tidak berbau.

Cuba elakkan memakai barangan berharga seperti rantai atau gelang agar tidak menarik minat penjenayah ini untuk melakukan sesuatu pada kita. Nyawa lebih penting bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular