Ekoran Komunis China meluluskan Undang-Undang Keselamatan Nasional versi Hong Kong secara paksa dan mencabuli prinsip kedaulatan undang-undang berkuat kuasa 1 Julai 2020, Kementerian Hal Ehwal Luar Australia mengeluarkan amaran perjalanan pada 2 Julai 2020 untuk mengingatkan warga Australia agar tidak melakukan lawatan atau perjalanan ke Hong Kong. 

Pakar undang-undang berpendapat kini PKC berusaha memerintah dan mengawal semua orang dalam dunia.

YouTube/Paparan Skrin

Donald Clarke, seorang profesor undang-undang dari Sekolah Undang-Undang, Universiti George Washington dipetik menerusi Times, “Ini (Undang-Undang Keselamatan Nasional China) benar-benar sesuatu yang dilindungi oleh Gestapo. Mengisytiharkan anda mempunyai bidang kuasa luar wilayah dalam dunia. Sekiranya anda menyinggung perasaan pihak berkuasa PKC atau Hong Kong, maka jangan pergi ke Hong Kong.”

Pada 2 Julai, Kementerian Hal Ehwal Luar Australia mengeluarkan amaran perjalanan, dengan menasihatkan warganegara Australia tidak melakukan perjalanan ke Hong Kong. 

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Australia, “Undang-Undang Keselamatan Nasional versi Hong Kong berkuat kuasa pada 1 Julai  2020. Undang-undang ini mampu ditafsirkan dalam pengertian yang luas. Anda mungkin secara tidak sengaja telah melanggar undang-undang, dan hukuman maksimum yang termaktub dalam undang-undang ini di Hong Kong adalah penjara seumur hidup.”

DALE DE LA REY/AFP via Getty Images

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo menyatakan menurut peruntukan Artikel 38 Undang-Undang Keselamatan Nasional yang diluluskan oleh PKC, bahawa undang-undang tersebut turut terpakai untuk pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh penduduk bukan warga Hong Kong yang menetap di luar Hong Kong. Menurut terma, tafsiran undang-undang tersebut merangkumi ‘mungkin termasuk warga Amerika Syarikat’.

“Perkara ini adalah sesuatu yang membuat semua negara berasa keterlaluan dan tersinggung. Tingkah laku kejam Parti Komunis China juga akan mempengaruhi seluruh dunia,” kata Mike Pompeo.

Australia kini sedang membangunkan rancangan untuk memberi suaka kepada warga Hong Kong. Perdana Menteri Scott Morrison berkata dalam satu kenyataan bahawa setelah segala perincian diselesaikan, mereka akan menyerahkan kepada Kabinet untuk perbincangan.

DALE DE LA REY/AFP via Getty Images

Setelah Akta Keselamatan Nasional diluluskan oleh PKC secara ‘sebulat suara’ pada 1 Julai, Menteri Luar Australia Marise Payne mengeluarkan kenyataan yang mengecam Parti Komunis China kerana secara jelas melanggar ‘Pengisytiharan Bersama China-British’ dan melemahkan perjanjian satu negara, dua sistem. 

@political_alert/Twitter

“Keputusan pemerintah Beijing untuk menguatkuasakan Undang-Undang Keselamatan Nasional versi Hong Kong yang diluluskan tanpa penyertaan langsung rakyat Hong Kong, badan perundangan atau badan kehakiman Hong Kong. Tindakan ini bahkan menunjukkan keadaan menjadi semakin membimbangkan,” tegas Marise Payne.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular