Buat pencinta kucing, mereka pasti berasa makhluk ini haiwan paling lucu, bijak, licik dan menghiburkan di dunia.

Pada tahun 2017, Galeri Seni Onomichi di Hiroshima, Jepun mengadakan pameran bertema kucing. 

Maka, terdapat beberapa patung kucing comel di pameran itu yang diletakkan di ruang hadapan galeri seni sehingga menarik ramai orang untuk berkunjung. 

Twitter

Termasuk kucing liar berdekatan juga sangat berminat serta tidak mahu ketinggalan melihat patung kucing yang kelihatan hidup dan sangat comel.

Twitter

Seekor kucing jalanan berwarna oren begitu gigih mundar-mandir di hadapan galeri seni itu setiap hari dan selalu mencari peluang untuk masuk.

Twitter

Sudah tentulah dia tidak pernah berjaya masuk kerana dihalang oleh pak cik pengawal penjaga galeri.

Twitter

Twitter

Beberapa hari kemudian, seekor kucing berwarna hitam pula telah muncul.

Twitter

Adakah si kucing oren menukar strategi dan mula bermain helah dengan mengubah taktiknya?

Twitter

Tetapi pak cik pengawal tahu tidak kira anda berbulu oren atau hitam, jika anda tidak membeli tiket dan jelas anda seekor kucing, sudah pasti anda tidak dibenarkan masuk.

Twitter

Kucing hitam ini sebenarnya adalah kawan baik kucing oren. Kedua-dua si comel berpakat datang ke galeri itu kerana tertarik untuk melihat ‘rakan-rakan kucing’ mereka yang berada di dalam.

Twitter

Walaupun pak cik pengawal menghentikan si comel dan tidak membenarkan mereka masuk, tetapi dia sangat gembira melihat keletah kedua-duanya yang gigih mengacah untuk masuk ke dalam galeri.

Kini pameran bertema kucing telah lama berakhir, tetapi kucing oren dan kucing hitam terus menjadi jiran galeri seni dan pengunjung tetap.

Twitter

Perkara pertama yang diambil oleh pak cik pengawal ialah dia diarah supaya berhati-hati dengan kedua-dua si comel ini yang tetap mahu masuk tanpa tiket.

Setelah pihak galeri memuat naik gambar comel pak cik pengawal menghalang kucing-kucing nakal daripada masuk ke galeri seni di media sosial, ia menarik perhatian ramai netizen sehinggakan keduanya mempunyai ramai peminat.

Twitter

Galeri Seni Onomichi juga berhasrat untuk menerbitkan gambar-gambar yang dirakam itu sebagai satu koleksi album.

Pak cik pengawal galeri seni menghalang kucing-kucing ini sambil tersenyum lembut dan terhibur.

@bijutsu1/Twitter

Kedua-dua kucing terus berkunjung ke galeri seni, mungkin juga kini sangat suka dan terhibur untuk bermain acah-acah masuk dengan pak cik pengawal, dengan harapan mereka akan dibawa masuk satu hari nanti.

Twitter

Bahkan kesemua kakitangan galeri seni juga menyukai mereka, sehingga kini keduanya sudah dianggap sebagai maskot sambilan yang disayangi di sini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular