Kata orang kalau sudah sayang, apa pun sanggup dilakukan. Tidak kira jumlah wang atau masa yang perlu dikorbankan asalkan orang yang tersayang gembira dan sentiasa bahagia.

Buktinya itulah yang ditunjukkan oleh pemilik kepada kucing-kucing ini apabila mereka sanggup membina rumah khas untuk kucing-kucing mereka.

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Proses membina rumah kucing ini telah dimuat naik di dalam Facebook di mana setiap proses daripada permulaan hinggalah kepada pengakhiran proses binaan ini telah dilakukan.

Jika dilihat mereka telah ‘mengorbankan’ kawasan di tepi rumah mereka semata-mata untuk kucing kesayangan mereka. Bahan binaan yang digunakan juga bukan biasa-biasa malah mereka menggunakan jenis kaca yang kelihatan sangat berkualiti dan mahal.

Facebook

Facebook

Apa yang paling mengagumkan, seni rekanya memang terbaik! Sekali lihat seperti rumah hijau yang mewah dan kelihatan sangat cantik dari luar.

Facebook

Facebook

Facebook

Selepas rumah kucing dibina, mereka juga telah melakukan dekorasi di ruangan tersebut. Terdapat perabot dan tempat rehat kucing yang kelihatan sangat elegan dan selesa. Tidak cukup dengan itu, ada juga beberapa pokok kecil yang menghiasi ruangan cantik itu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular