Tahun ini, virus Parti Komunis China (PKC) atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah tersebar dengan cepat di seluruh dunia sementara PKC memutuskan untuk menyembunyikan keadaan sebenar yang berlaku di China, sehingga menyebabkan kerugian yang tidak terhitung jumlahnya kepada seluruh dunia.

LUIS ACOSTA/AFP via Getty Images

Sehingga kini, virus PKC telah merebak ke kebanyakan negara di dunia, dengan lebih dari 5 juta orang dijangkiti dan hampir 330,000 kematian berkaitan penyakit yang disebabkan oleh virus PKC ini. Bagaimanapun di China, PKC menyatakan bahawa jumlah rekod kematian rasmi berkaitan jangkitan virus PKC hanyalah sebanyak 4,642 orang sahaja, sedangkan ramai penduduk China percaya bahawa jumlah kematian sebenar adalah sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada rekod yang diuar-uarkan itu.

Menghadapi kerugian besar dan kehancuran ekonomi, pemerintah dan rakyat dari berbagai negara dengan pantas perlu memikirkan hubungan antara wabak virus PKC dan Parti Komunis berkenaan, dan tindakan yang harus dilakukan oleh individu dan negara untuk mengelakkan penularan wabak itu dan dalam masa yang sama menyelamatkan diri masing-masing.

Sejarah gelap Parti Komunis saling berkaitan dengan perang, kebuluran, wabak, dan kematian. Siri editorial Epoch Times “Sembilan Ulasan mengenai Parti Komunis” menyatakan bahawa “intipati komunisme adalah iblis yang jahat” yang tujuan utamanya adalah untuk menghancurkan umat manusia. PKC adalah pertubuhan terbesar yang berpaksikan iblis ini.

Kezaliman PKC selama 70 tahun telah membunuh kira-kira 80 juta orang China dan memusnahkan budaya dan moral tradisional China. Dalam 30 tahun yang lalu, dari insiden pembunuhan beramai-ramai pelajar pro-demokrasi di Dataran Tiananmen pada tahun 1989, hingga ke penganiayaan berterusan terhadap para pengamal Falun Gong, yang dimulai pada tahun 1999, penindasan dan penyelewengan terhadap penduduk China telah memberi kesan yang besar kepada PKC, begitu juga dengan penduduk di dunia yang telah membenarkan atau membiarkan penindasan ini berlaku.

Selama hampir 40 tahun, PKC telah menggunakan insentif ekonomi dan globalisasi untuk meletakkan negara-negara lain di bawah pengaruh Parti Komunis. Pengaruh PKC di luar sempadan China tersebar luas dalam bidang politik, ekonomi, budaya, dan pendidikan. Contoh operasi pengaruh ini termasuklah program Institut Confucius, Belt and Road Initiative (BRI), dan syarikat telekomunikasi gergasi Huawei. Dengan melibatkan rakyat dan pemerintah dalam sistem kepentingan ekonomi, PKC memimpin mereka untuk menyebarluaskan ideologi ateisnya, bertoleransi dengan pemerintahan zalimnya, dan mengkhianati konsep ketuhanan.

Nasib malang pasti menimpa negara-negara dan wilayah-wilayah yang banyak melibatkan diri dengan PKC dan menyokong mereka. Penyebaran virus PKC telah menular di seluruh dunia melalui negara, bandar, organisasi, dan bahkan individu yang berkait rapat dengan PKC.

Bandar New York adalah kawasan panas di Amerika Syarikat

Spencer Platt/Getty Images

Sehingga 21 Mei, menurut data dari laman web statistik Universiti Johns Hopkins, terdapat sebanyak 1,562,714 kes yang disahkan dan 93,863 kematian di Amerika Syarikat. Dari jumlah keseluruhan tersebut, rekod menunjukkan sebanyak 30 peratus dari jumlah keseluruhan ini merupakan kes kematian di Bandar New York sahaja.

Sejak lawatan Presiden Richard Nixon ke China pada tahun 1972, Amerika Syarikat telah memberikan sokongan kritis kepada PKC dalam pelbagai bentuk seperti sokongan dalam bidang politik, hal ehwal ketenteraan, diplomasi, ekonomi, kewangan, pendidikan, serta sains dan teknologi. Kemudian, ketika Amerika Syarikat membantu China untuk menjadi anggota Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), mereka telah memberikan PKC akses kepada masyarakat antarabangsa dan menyebabkan sejumlah besar kekayaan Barat dipindahkan ke China, yang seterusnya menjadikan China sebagai “kilang dunia.”

Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penilaian semula hubungan antara Amerika Syarikat-China dilakukan, ketika para ahli politik, pegawai dan pemikir Amerika Syarikat menyedari peranan yang dimainkan oleh mereka dalam membangunkan China untuk kepentingan Parti Komunis tersebut.

Tanpa bantuan Amerika Syarikat, dan tanpa sokongan yang begitu banyak dari syarikat multinasional, syarikat gergasi berteknologi tinggi, dan kumpulan kewangan yang besar, PKC tidak akan dapat berkembang dengan cepat dari sebuah rejim di ambang keruntuhan ekonomi kepada hegemoni yang baru muncul yang mampu mencabar Amerika Syarikat.

Sebagai metropolis No. 1 di dunia, Bandar New York adalah pusat global untuk ekonomi, kewangan, perdagangan, dan media. Bandar ini juga merupakan lokasi markas PBB dan mempunyai pengaruh besar terhadap politik, pendidikan dan hiburan global. Dengan status dan pengaruhnya yang istimewa, Bandar New York telah memainkan peranan utama dalam membantu PKC mencapai agenda dan memajukan kepentingannya.

Wall Street, yang mewakili modal kewangan Amerika, telah memberikan dana kepada PKC selama bertahun-tahun lamanya dan telah menjadi pembiaya di belakang tirai bagi membantu rejim komunis China terus kekal sehingga kini.

Dengan usaha China untuk terlibat dalam bidang ekonomi, kewangan, perdagangan, media, budaya, pendidikan, dan bidang lain di New York, serta masyarakat Cina-Amerika, PKC telah menyalurkan kembali kekayaan dan teknologi ke China. 

Sambil mengeksport ideologi dan penyalahgunaan hak asasi manusia ke dunia, China berusaha untuk merebut kepemimpinan dunia dan mencabar Amerika Syarikat.

Faktor-faktor ini seterusnya telah membuat New York menerima serangan keras dari virus PKC.

Situasi yang membinasakan di Iran

STR/AFP via Getty Images

PKC menganggap Iran sebagai rakan seperjuangan yang akrab. Walaupun jumlah rasmi kes dan kematian yang disahkan di Iran tidak setinggi seperti kes dari beberapa negara lain, para penganalisis percaya bahawa angka jangkitan di Iran tidak banyak dilaporkan. Sama seperti PKC, rejim pemerintah Iran mungkin menyembunyikan skala sebenar jangkitan yang berlaku di Iran dalam usaha untuk “menjaga ketertiban sosial.”

Ramai pegawai tertinggi di Iran telah dijangkiti oleh virus PKC, termasuklah timbalan menteri kesihatannya, dan ramai penduduk Iran yang meninggal dunia akibatnya.

PKC telah menyokong Iran selama bertahun-tahun, menawarkan bantuan ekonomi dan senjata. mereka bahkan telah menyediakan teknologi senjata nuklear utama kepada Iran untuk mengancam dan mengekang negara-negara demokratik.

Bagi BRI yang dilancarkan oleh PKC pada tahun 2013 untuk mengeksport hegemoni komunis, Iran adalah hab geografi dan strategik yang penting yang membolehkan PKC menembusi Eropah, Asia, dan Afrika.

Negara-negara di Eropah

Selain dari negara dengan jumlah kes jangkitan yang lebih tinggi (25,000 kes atau lebih), di samping China dan Iran, Sepanyol juga mempunyai rekod jumlah kes tertinggi (sekurang-kurangnya 497 kes untuk setiap 100,000 orang), dengan lebih daripada 233,000 kes dan 27,940 kematian. Tiga saudara terdekat Perdana Menteri Pedro Sánchez dan timbalan perdana menterinya juga telah dijangkiti oleh virus PKC.

Wabak pandemik yang teruk ini telah memberi amaran kuat kepada Sepanyol bahawa dasar pro-komunis pemerintah telah membawa malapetaka kepada negara itu.

Sepanyol adalah negara Eropah pertama yang membuat gerakan ramah terhadap PKC selepas insiden pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada 4 Jun 1989.

Itali pula adalah negara yang paling teruk dilanda virus PKC di Eropah. Punca penyebaran virus PKC di negara ini dipercayai adalah kerana hubungan intim antara pemerintah Itali dengan PKC.

Itali adalah anggota G-7 dan merupakan negara maju serta demokratik. Walaupun ditentang oleh sekutu-sekutunya, Itali telah membentuk pakatan dengan PKC pada bulan Mac 2019 untuk “memperkukuhkan perkongsian strategik yang komprehensif.” Itali juga merupakan negara Eropah pertama yang menyertai BRI.

Itali mempunyai 74 hubungan bandar bersaudara dengan komunis China, termasuk di wilayah Lombardy, yang mempunyai jumlah jangkitan dan kematian tertinggi, dan bandar-bandar lain seperti Milan, Venice, dan Bergamo.

Negara-negara utama Eropah seperti United Kingdom, Perancis, dan Jerman kini juga terjebak dengan penularan wabak virus PKC. Ramai penduduknya telah mengalami kerugian besar, bahkan perdana menteri Britain juga turut dijangkiti.

Satu persamaan antara negara-negara ini adalah bahawa mereka “rapat” dengan PKC dalam beberapa tahun terakhir. Sebagai contoh, PKC ingin menggunakan teknologi 5G Huawei untuk disebarkan ke seluruh dunia, tetapi United Kingdom, Perancis, dan Jerman telah mengabaikan amaran keselamatan dan memberi kebenaran kepada syarikat itu.

Kawasan dengan wabak terburuk di negara-negara ini – London di United Kingdom, Oise di Perancis, dan Rhine-Westphalia Utara di Jerman – juga didapati menjalin hubungan persahabatan dengan Parti Komunis China.

Ketika wabak virus PKC melanda, pengalaman yang dilalui oleh negara-negara Eropah ini telah membimbangkan dunia.

Keadaan di negara-negara jiran China adalah berbeza

Berbanding dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, keadaan di negara berhampiran tanah besar China lebih jelas menggambarkan hubungan antara wabak itu dengan PKC.

Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan semuanya berjiran rapat dengan tanah besar China. Jumlah penduduk yang dijangkiti di Hong Kong dan Taiwan jauh lebih rendah berbanding penduduk di Jepun dan Korea Selatan. Perbezaan utamanya adalah sikap negara-negara ini terhadap PKC.

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih daripada 16,000 kes jangkitan yang disahkan, dan Korea Selatan mempunyai lebih dari 11,000 kes jangkitan. Di Hong Kong dan Taiwan pula, yang mempunyai hubungan perdagangan dan ekonomi yang lebih erat dengan tanah besar China, jumlah kes yang disahkan masing-masing hanya 1,056 kes dan 440 kes. Antaranya, kes terawal yang dikesan di Hong Kong didapati merupakan kes bawaan dari China, dan kemudian pesakit itu menjangkiti polis di lokasi rusuhan dan kakitangan pro-kerajaan. Sebilangan besar kes di Taiwan juga direkod telah diimport dari luar negara.

Sejak jalinan hubungan diplomatik dengan rejim PKC pada tahun 1992, Korea Selatan secara beransur-ansur telah memperkukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangannya dengan PKC. Sejak pemerintahan terkini, pemerintah Korea Selatan telah mendekati PKC dan meningkatkan pelaburan dua hala.

Walaupun hubungan antara pemerintah Jepun dengan PKC tidak begitu akrab, namun sebilangan besar syarikat Jepun telah melabur di China, sekali gus menyebabkan mereka bergantung pada PKC dan memindahkan sumber daya penting kepadanya. 

Jepun dan PKC telah menjalin sebanyak 256 ikatan hubungan provinsi dan perbandaran yang mesra. Antaranya adalah Hokkaido, Tokyo, Pihak Berkuasa Tempatan Aichi, Pihak Berkuasa Tempatan Kochi, dan kawasan lain yang mengalami jangkitan wabak virus PKC yang serius.

Walaupun Hong Kong dan Taiwan mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang sangat erat dengan China, tetapi penduduk Hong Kong dan Taiwan tidak dibutakan oleh kepentingan kewangan mereka. Pada tahun 2019, rakyat Hong Kong telah melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap penguasaan PKC dan bahkan mempertaruhkan nyawa mereka untuk menentangnya.

Penindasan brutal terhadap protes Hong Kong menampakkan wajah sebenar PKC dan menyedarkan rakyat Taiwan. Pilihan raya yang diadakan pada Januari untuk pemilihan presiden dunia yang pro-bebas menggambarkan tekad rakyat Taiwan untuk menjauhkan diri dari PKC. Hasil pemilihan presiden ini seterusnya telah menyelamatkan Taiwan.

Di Taiwan kini, para penduduk tidak perlu dikuarantin di rumah dan ekonomi mereka tidak digantung, namun jumlah jangkitan dan kematian tetap berada di antara yang terendah di dunia. Kunci kejayaan anti-wabak Taiwan terletak pada ketidakpercayaan mereka terhadap PKC dan penolakannya untuk menyertai Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) secara membuta-tuli, yang dikendalikan oleh PKC.

Situasi pandemik di Hong Kong dan Taiwan mengungkap rahsia kejayaan pencegahan dan pertolongan diri semasa penyebaran virus PKC: Hanya dengan menolak PKC, kita dapat menentang virus PKC.

Menolak PKC

Tanda malapetaka selalu terjadi secara tiba-tiba dan kemudiannya, pada satu ketika, hilang tanpa jejak. Catatan sejarah menunjukkan bahawa setiap wabak mempunyai sasaran yang jelas.

Wabak bubonic pada akhir Dinasti Ming adalah contoh biasa. Peralihan dari dinasti Ming ke Qing, juga dikenal sebagai penaklukan Manchu di China, merupakan tempoh pertempuran antara tentera Ming, tentera Qing (ditubuhkan oleh kumpulan Manchu di Timur Laut China), dan tentera Li Zicheng, satu kuasa pemberontak petani.

Wabak bubonic dalam jangka waktu itu hanya menyasarkan kepada tentera Ming, dan tidak melibatkan tentera Qing dan Li Zicheng langsung.

Wabak bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Wabak virus PKC dipicu oleh jenayah PKC, dan merebak ke seluruh dunia kerana penyembunyian fakta oleh PKC. 

Penyebaran virus ini menunjukkan corak yang jelas: Secara selektif mensasarkan PKC dan bertujuan untuk menghapuskan PKC dan mereka yang pro-komunis atau yang mempunyai hubungan erat dengan PKC.

Semua wilayah yang dilanda virus di luar China adalah wilayah yang memiliki hubungan akrab dengan PKC, mereka yang telah mendukung PKC dari segi perdagangan, pelaburan, atau membantu PKC meningkatkan imej antarabangsa. Begitu juga, individu yang pernah menjadi penyokong PKC mendapati diri mereka terdedah kepada virus PKC.

Sebenarnya, corak penyebaran ini membantu menunjukkan jalan penyelamat bagi semua bangsa dan penduduk di seluruh dunia. Ini adalah jalan yang secara langsung menghubungkan ke sisi rohani semua makhluk.

Sebaliknya, menyokong PKC, membantu PKC, atau menjalin kerjasama erat dengan PKC, berkemungkinan akan mengundang virus.

Semua orang mendambakan keamanan dan kesihatan di tengah penularan wabak global ini. Menghadapi bencana yang mendadak ini, batasan teknologi moden dan kaedah pengurusan menjadi jelas. Setiap orang harus ingat bahawa Tuhan telah menjaga manusia selama ribuan tahun.

Sekiranya seseorang individu itu melakukan kebaikan, merenungkan tindakan, dan menolak PKC yang merupakan wakil kejahatan terbesar, maka individu itu akan dilindungi oleh Tuhan.

Pandemik ini berlaku kerana PKC, dan keadaan akan berubah jika orang ramai mengubah sikap mereka terhadap PKC.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular