Kucing adalah salah satu haiwan yang amat comel. Kelincahan dan kemanjaan kucing pasti membuatkan sesiapa sahaja terutamanya pencinta haiwan gembira setiap kali melihat haiwan ini.

Senakal mana pun kucing anda, anda tetap akan menyayangi mereka dengan sepenuh hati! Kita semua tahu kucing secara semula jadinya memiliki sifat ingin tahu yang tinggi selain gemar bermain.

Jadi, kucing akan memanjat, mencium, menggeselkan badan, menggigit dan bermacam-macam cara lagi semata-mata untuk bermain dan berseronok. Tetapi, pernahkah anda melihat kucing bermain gincu sehingga habis mukanya dipenuhi dengan kesan gincu?

Di Facebook, seorang netizen dikenali sebagai Ouchim Omar telah memuat naik beberapa gambar kucing peliharaannya yang comel. Lebih comel lagi apabila melihat kucing itu kelihatan sangat comot dengan tompokan gincu merah memenuhi wajahnya.

Tambah lucu lagi apabila Ouchim Omar turut berkongsi gambar gincu jenama Mac miliknya yang tidak lagi boleh digunakan selepas digigit oleh si comel baka Siam itu!

Ouchim Omar/Facebook

Ouchim Omar telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen, “Boleh tak saya menghukumnya?” dan perkongsian ini telah menarik sehingga 3,300 komen daripada pengguna Facebook. Antara komen yang ditulis adalah:

“Jangan menghukumnya! Kucing ini hanya mahu kelihatan cantik seperti tuannya”.

Ouchim Omar/Facebook

“Kucing ini juga mahu kelihatan cantik dan memiliki teman istimewa”.

“Lihatlah wajah sucinya seolah-olah kucing ini tidak bersalah!”.

Ouchim Omar/Facebook

Lihat beberapa lagi kompilasi kucing yang comel tetapi sangat nakal sehingga membuatkan haiwan ini layak digelar ‘penjenayah paling comel di alam semesta’.

#1 Habis perhiasan rumah dikerjakannya!

#2 Macam mana nak baca surat khabar kalau koyak begini?

#3 Maaf! Salah saya!

#4 Kucing ini suka mencuri tuala wanita milik tuannya dan menggigit sehingga hancur!

#5 Saya suka makan roti. Hari-hari saya makan roti

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular