Haiwan dianugerahkan dengan naluri yang kuat tentang seseorang yang mereka temui, walaupun pertemuan itu adalah pertemuan kali yang pertama.

Dengan hanya melihat, haiwan-haiwan ini sudah tahu siapa yang boleh mereka percayai atau tidak. Disebabkan itulah, ada yang mengatakan bahawa haiwan seperti anjing dan kucing yang membuat keputusan untuk memilih pemiliknya, bukan yang sebaliknya.

Manikandan S/YouTube

Hal ini terjadi kepada seorang wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan di sebuah pusat perlindungan haiwan.

Apabila wartawan itu masuk untuk melihat keadaan di pusat perlindungan itu, secara tiba-tiba seekor anjing betina yang sudah lama menghuni pusat perlindungan itu datang ke arahnya, lantas memeluk erat kaki wartawan itu.

Manikandan S/YouTube

Kelakuan spontan anjing itu semestinya mengejutkan kerana anjing itu seolah-olah telah membuat keputusan untuk mengikut wartawan itu pulang ke rumah.

Jika melihat video yang disertakan, pasti tiada sesiapapun yang sanggup meninggalkan anjing itu jika mereka berada dalam situasi berkenaan.

Manikandan S/YouTube

Sambil memeluk kaki wartawan itu, anjing yang jinak itu turut meletakkan kepalanya di atas peha wartawan itu, dan tanpa rasa ragu-ragu, wartawan itu turut mengusap dan membelai kepala anjing itu. Manis benar momen ini!

Dari riak wajah anjing itu yang kelihatan sangat sedih, mungkin anjing itu telah lalui banyak kenangan pahit sebelum diselamatkan dan dijaga di pusat perlindungan itu.

Manikandan S/YouTube

Syukurlah, kini anjing tersebut telah menemui pemiliknya yang baharu dan telah dibawa pulang ke rumah baharunya.

Sememangnya, keputusan wartawan itu yang mahu menjaga anjing itu setelah menemuinya adalah satu keputusan yang sangat bijak dan prihatin.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular