Bersempena dengan pembukaan semula persekolahan yang bermula pada 24 Jun, para penyampai berita RTM dilihat menggayakan pakaian seragam sekolah sebagai tanda sokongan kepada guru dan juga para pelajar.

Menerusi perkongsian gambar yang menular di Facebook itu, kesemua penyampai berita RTM dilihat segak dan yakin memakai pakaian sekolah. Ada yang memakai baju kurung, baju pengawas dan juga kemeja sekolah. Kesemuanya kelihatan comel meskipun mereka sudah lama meninggalkan zaman persekolahan.

“Sebagai tanda sokongan RTM kepada guru-guru serta adik-adik yang memulakan sesi persekolahan hari ini…. PKPP : Back To School, seluruh warga kerja Berita RTM dan Selamat Pagi Malaysia di ibu pejabat dan negeri-negeri mengenakan pakaian seragam sekolah menengah semasa bersiaran. Selamat memulakan persekolahan bagi warga pendidik dan pelajar”.

Selain membuat siaran di dalam studio, para penyampai berita turut bersiaran secara langsung di kawasan luar sampai memakai uniform sekolah. Bukan sahaja penyampai berita, tenaga kerja yang berada di sebalik tabir seperti abang kamera turut mengenakan pakaian sekolah. Wahhhh, tema ‘kembali ke sekolah’ nampaknya!

Kreativiti dan inisiatif memberansangkan ini menerima pujian yang melambung daripada para netizen di ruangan komen. Rata-ratanya memberikan pujian dan menceritakan nostalgia zaman persekolahan masing-masing.

“Terbaik RTM. Terima kasih atas sokongan anda”.

“Macam pembentangan dalam kelas. Pengacara di luar macam sedang menunggu tetamu VVIP datang ke majlis. Teringat zaman sekolah. Kreatif RTM”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular