Biasanya menjadi orang muda sentiasa peka dan mengenal pasti kereta sendiri kerana selepas melihat warna, bersama nombor platnya sekali serta ingat pula parkir di mana, barulah pergi ke kereta. Tetapi, apabila diri semakin berusia, kadang kala kebiasaan itu jadi terlupa pula tanpa disedari.

Maka, sekiranya ada orang muda yang melihat pak cik-mak cik yang terlupa kereta sendiri, janganlah pula ketawa berdekah, kerana kita semua juga akan berusia macam mereka dan anggap sahaja kesilapan sekali-sekala mereka itu sangat-sangat comel belaka!

Satu insiden paling comel dan menggelikan hati berlaku di satu tempat letak kereta apabila sekumpulan pak cik tiba-tiba pergi ke arah kereta yang disangka kereta milik mereka.

Kool FM/Facebook

Dalam satu rakaman video berdurasi 33 saat yang dikongsikan seorang netizen di Twitter dan Facebook, @InnaKoha dapat dilihat salah seorang pak cik yang bertopi biru gelap sedang bersusah payah membuka pintu kereta yang bukan miliknya.

Pak cik yang masih gagal membuka pintu yang dirasanya tidak pelik, tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita yang berada di dalamnya.

Kool FM/Facebook

Kedengaran sebelum itu, suara dengan nada ketawa tidak tahan geli hati berkata, “Eh, pak cik ni kenapa? Dia salah masuk kereta ke?”

Kool FM/Facebook

Selepas ditegur kakak di depan itu dan pak cik ini terkejut sambil menggaru kepalanya kerana menyedari kesilapan, dengan selambanya dia berlalu pergi menuju ke kereta miliknya yang sebenar.

Kool FM/Facebook

Dalam kereta itu sudah kedengaran suara ketawa geli hati melihat gelagat pak cik-pak cik yang sangat comel, terutama pak cik yang berada di pintu sebelah kiri yang macam tiba-tiba jadi ‘beku’ melihat rakannya tersalah kereta.

Kool FM/Facebook

Sambil pak cik yang berbaju merah spontan tergelak melihat rakannya tersalah hendak masuk kereta orang lain.

Kool FM/Facebook

Pak cik-pak cik semua mungkin malu sendiri, tetapi tidak mengapalah, kita semua mungkin pernah mengalami atau melakukan kesilapan yang sama.

Kool FM/Facebook

Sekurang-kurangnya pak cik tidak masuk kereta orang lain yang tidak berkunci dan terus membawanya pergi.

Tonton video di bawah.

Kool FM/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular