Sebut sahaja tentang kerja rumah pasti ramai pelajar yang mula mengeluh. Kalau boleh mereka tidak mahu satu kerja rumah pun diberikan oleh guru.

Namun, suka atau tidak demi kebaikan mereka, guru harus juga memberikan mereka kerja rumah sebagai latihan tambahan di rumah. Tetapi tidak semua mahu melakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga ada yang meminta orang lain untuk menyelesaikannya untuk mereka.

Bagi seorang pelajar ini, dia suka menyuruh orang lain membuat kerja rumahnya malah telah membeli sebuah ‘robot’ supaya kerja rumahnya dapat diselesaikan dengan bantuan mesin tersebut.

Apa yang dilakukan oleh robot itu ialah ia berfungsi untuk menyalin tulisan tangan sekaligus menyelesaikan kerja rumah yang diberikan. Namun begitu, semua itu tidak bertahan lama apabila robotnya telah dihancurkan oleh ibunya kerana terlalu marah dengan kemalasannya.

Taobao

Pelajar perempuan dari Hangzhou, China itu dikatakan telah membelanjakan semua wang yang diperolehi semasa Tahun Baru sebanyak $120 (RM513) untuk membeli robot tersebut. Dengan menggunakan robot itu dia berharap beban kerjanya dapat dikurangkan.

Pelajar sekolah berusia 15 tahun itu dikatakan telah diminta oleh gurunya untuk menulis beberapa karangan dan menyalin beberapa teks dari buku latihan semasa cuti Tahun Baru.

Wikimedia Commons

Tetapi dia ingin menikmati masa cutinya dengan sepenuhnya sehingga muncul idea untuk membeli robot tersebut dan hasilnya, dia berjaya menyelesaikan semua tugasnya hanya dalam masa dua hari!

Perkara tersebut membuatkan ibunya benar-benar curiga bagaimana dia boleh menyelesaikan tugasannya dengan begitu cepat ditambah lagi tulisannya juga sangat kemas. Kegembiraan remaja itu berakhir apabila ibunya terjumpa robot tersebut ketika sedang membersihkan biliknya.

Taobao

Pada bungkusan robot itu tertulis bahawa ia “meniru semua jenis tulisan tangan” dan kelihatan seperti bingkai logam dengan pen mekanikal yang terpasang padanya. Robot inovatif itu nampaknya dapat menulis dalam pelbagai jenis fon dan bahkan dapat menyalin tulisan tangan dengan tepat!

Taobao

Robot ini boleh dipasangkan pada komputer dengan menggunakn kabel USB dan mempelajari tulisan tangan anda setelah anda menulis 6,000 aksara Cina di dalam aplikasi.

Robot ini juga boleh menulis sehingga lapan jam sehari, menurut pembantu kedai LichTech, Wang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Ria

Video Popular