Pernahkah anda terfikir untuk membawa haiwan peliharaan anda ke kelas atau ke tempat kerja? Pastinya pernah! Mana tidaknya, dengan mimik muka mereka yang sengaja berpura-pura sedih itu pasti buatkan hati anda berat untuk meninggalkan mereka di rumah. Kalau boleh mahu diangkut sahaja haiwan kesayangan pergi bersama tetapi keadaan biasanya memang tidak membenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1103 (@izumo.h12130209) on

Namun, semua itu bukan masalah bagi kanak-kanak ini apabila dia boleh ke sekolah dengan kucing kesayangannya setiap hari. Mana tidaknya, setiap pagi kucingnya yang bernama Mee itu akan naik ke atas beg sekolahnya dan menemaninya ke sekolah setiap hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1103 (@izumo.h12130209) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1103 (@izumo.h12130209) on

 

Mee yang baru berusia dua tahun itu kelihatan sangat manja dan rapat dengan tuan kecilnya sehingga tidak mahu berpisah dengannya. Jadi, setiap hari dia akan mengikuti tuan kecilnya yang berumur enam tahun itu untuk pergi ke sekolah dan semua itu berlaku sejak beberapa tahun lalu ketika Mee masih kecil lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1103 (@izumo.h12130209) on

Tidak kira apa jua cuaca di luar, panas mahupun sejuk Mee tetap setia bersama tuan kecilnya. Dia bahkan tidak kisah untuk berjalan jauh asalkan dia dapat mengikuti tuannya keluar. Apa yang lebih menarik Mee pandai mengimbangkan dirinya ketika duduk di atas beg tuannya supaya dia tidak jatuh ke bawah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1103 (@izumo.h12130209) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1103 (@izumo.h12130209) on

Maybe you're interested :

Share

Video Popular