Gara-gara seludup dadah dari Malaysia ke Singapura menggunakan pesawat tanpa pemandu atau dron, Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura berjaya menahan dua lelaki warga Singapura.

Menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan bersama di Singapura, data penerbangan yang diambil daripada telefon seorang daripada suspek menunjukkan bahawa dron itu telah diterbangkan dari Kranji ke Johor Bahru, sebelum kembali semula ke Kranji.

Google Maps

Menerusi kenyataan itu juga, polis mengesan aktiviti luar biasa dron di sekitar Taman Takungan Air Kranji pada 15 Jun sekitar jam 5:45 petang. Mereka kemudian menemukan pesawat tanpa pemandu itu dengan sebuah beg terpasang padanya.

Pihak polis kemudian telah menahan kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 29 dan 34 tahun yang dipercayai sebagai pengendali yang menerbangkan dron tersebut.

Hasil pemeriksaan pegawai CNB ke atas sebuah kereta milik suspek kemudiannya telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis ubat terkawal.

@501Awani/Twitter

Difahamkan bahawa sejumlah 389 gram dadah jenis syabu, 8 gram heroin, 195 pil ekstasi dan dua pil Erimin-5 yang dianggarkan bernilai kira-kira $44,000 (RM134,782) telah dirampas.

Operasi CNB pada hari berikutnya pula menyaksikan dua lagi individu warga Singapura – seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun, telah ditahan berhubung dengan kes berkenaan.

Tambah pihak berkuasa, kedua-dua suspek lelaki itu telah didakwa atas pertuduhan mengedar ubat terkawal Kelas A dan siasatan berhubungan kes itu masih berlangsung.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay/Facebook

Dalam pada itu, Polis Johor kini sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan dron tersebut kepada warga di Singapura.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, suspek walau bagaimanapun telah berjaya dikenalpasti namun setakat ini enggan mendedahkan maklumat mengenainya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular