Baik pekerja, majikan atau sumber manusia, masing-masing berhadapan dengan cabaran yang tersendiri di tempat kerja. Saban hari ada sahaja perkara yang berlaku membuatkan mereka pening kepala.

Masalah muncul dari segenap sudut sehingga membuatkan ada diantara mereka yang terpaksa mengambil keputusan yang sukar dan mungkin tidak menyenangkan.

Kita sering mendengar pelbagai rintihan pekerja, namun pernahkan kita terfikir apa pula situasi sukar yang perlu dihadapi oleh para majikan? Berikut adalah 10 jenis perangai pekerja yang sering dihadapi oleh para majikan. Harap anda bukan salah satu antara mereka!

1. Bekerja kurang daripada sehari

Selepas setengah hari bekerja ada antara pekerja yang sering memberi alasan itu dan ini semata-mata untuk ponteng kerja. Ada yang memberitahu bahawa mereka punya perkara mendesak di rumah dan terus mengambil cuti setengah hari.

Apa yang lebih memeningkan kepala ada diantara mereka yang langsung tidak dapat dihubungi selepas itu.

2. Letak jawatan selepas hanya satu hari bekerja

Gambar Hiasan/Pexels

Ada antara pekerja yang hanya bekerja selama satu hari sahaja. Keesokan harinya hanya ada surat berhenti kerja diberikan kepada majikan. Ada juga yang hanya lari begitu sahaja.

3. Asyik menonton filem di pejabat

Gambar Hiasan/Pexels

Ada antara pekerja yang mengambil kesempatan dengan menggunakan komputer syarikat untuk menonton filem. Akibatnya, akan mula adanya pelbagai jenis virus masuk ke dalam komputer.

Jadi, komputer perlu dibaiki dan apabila majikan meminta mereka untuk bertanggungjawab ada antara mereka yang terus ‘melarikan diri’.

4. Ambil wang syarikat

Gambar Hiasan/Pixabay

Masalah ini mungkin tidak sering diaporkan terutama jika tidak melibatkan kerugian berjuta-juta namun ianya tetap sebuah masalah yang serius.

Ada pekerja yang melakukan konspirasi, ada juga yang melarikan diri setelah mengambil wang syarikat. Jadi, suka atau tidak majikan perlu melaporkan jenayah ini kepada pihak polis.

5. Tidak boleh dimarahi atau ditegur sama sekali

Gambar Hiasan/Pexels

Ada antara pekerja yang sangat sensitif. Mereka tidak boleh ditegur mahupun dimarahi sama sekali. Jika hal itu berlaku majikan tidak akan melihat muka mereka di pejabat pada keesokan harinya.

6. Jadikan pejabat seperti rumah sendiri 

Gambar Hiasan/Pixabay

Memang seronok jika dapat bekerja di ruang yang menyenangkan seperti di rumah. Namun itu tidak bermakna pekerja boleh melakukan apa sahaja seperti di rumah. Tidak salah sekali mahu menimbulkan ‘mood’ seperti di rumah tetapi pastikan ianya tidak berlebihan.

Ada juga yang suka membawa segala barang seolah-olah mereka berada di rumah sehingga meja mereka penuh dengan segala benda dan hal itu akan memberikan kesan kepada kerja-kerja mereka.

7. Berbeza semasa temuduga dan selepas diterima bekerja 

Gambar Hiasan/Pexels

Ketika temuduga semuanya seperti baik-baik sahaja. Pekerja akan berjanji untuk melakukan sebaiknya jika mereka diterima bekerja. Namun, sebaliknya berlaku selepas mereka mula bekerja. Apa yang diberitahu semasa temuduga tidak sama seperti ketika bekerja.

8. Sering minta untuk naik gaji

Gambar Hiasan/Pixabay

Ada pekerja yang semasa temuduga menerima gaji yang ditawarkan, tetapi selepas lima hari bekerja mereka muka untuk minta kenaikan gaji dengan memberi pelbagai sebab.

Tidak salah untuk meminta kenaikan gaji tetapi apa yang salah ialah apabila ada diantara mereka yang mula mengancam majikan mereka.

9. Tiada tahan dengan tekanan di tempat kerja

Gambar Hiasan/Photo-AC

Ada antara pekerja yang tidak tahan dengan sedikit tekanan di pejabat. Dengan kerja-kerja yang diberikan ada yang mula mengadu mereka tertekan dengan kerja dan memberitahu mereka tidak gembira bekerja.

10. Mula abaikan kerja selepas bertemu dengan pasangan

Gambar Hiasan/Pexel

Ada pekerja yang mula mengabaikan kerja-kerja mereka selepas berjumpa dengan pasangan mereka. Tidak hanya itu, ada antara mereka yang terus berhenti kerja dengan yakin bahawa teman lelaki mereka akan menjaga dan menyara mereka.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular