Kes pembuangan bayi merupakan satu perkara yang sangat membimbangkan kerana sehingga ke hari ini, terdapat peningkatan kes pembuangan bayi berlaku di Malaysia dan juga luar negara. Jika seorang manusia bergelar ibu dan bapa sanggup berbuat sedemikian rupa, bagaimana agaknya nasib bayi yang ditinggalkan itu? Tidakkah anda terfikir akan keadaan darah daging anda sendiri? Jika bukan anda, siapa lagi?

Baru-baru ini, telah tular mengenai kejadian mengejutkan yang berlaku di Rusia. Seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di dalam kotak ketika cuaca sejuk! Lebih mengejutkan lagi, seekor kucing jalanan telah bertindak menyelamatkan bayi tersebut dengan melindunginya dan memeluk kucing itu bagi menghangatkannya.

Menakjubkan bukan? Haiwan pun memiliki perasaan kasih dan simpati, bagaimana kedua ibu bapa bayi ini sanggup bertindak kejam seperti itu?!

Menurut laporan, kucing jalanan yang dikenali sebagai Masha ini telah lama hidup bebas di jalanan dan tidak mempunyai rumah. Namun begitu, kucing yang baik dan penyayang ini sentiasa disayangi oleh jiran-jiran yang tinggal di kawasan tersebut. Ramai orang akan memberikan makanan dan membenarkan Masha masuk ke dalam rumah masing-masing untuk berehat sewaktu musim sejuk ini.

Salah seorang jiran yang terlibat adalah Irna Lavoraa yang berusia 68 tahun. Irna dikatakan sering memberikan Masha makanan. Pada suatu hari, ketika Irna ingin membuang sampah di luar rumah, Irna telah mendengar Masha bunyi kucing mengiau tanpa henti. Setelah diselidik, Irna mengesyaki bunyi tersebut datang daripada ruang bawah tanah rumahnya. Justeru, dia terus segera turun kerana beranggapan kucing yang sedang menangis itu tercedera dan memerlukan bantuan segera.

“Keperibadian Masha sangat tenang dan ramah. Jadi, apabila saya mendengar teriakannya meminta pertolongan, perkara pertama yang saya fikirkan adalah Masha mungkin terluka. Tetapi ternyata ia menunjukkan naluri keibuannya dan ingin melindungi bayi ini”.

Sebaik sahaja Irna sampai ke ruang bawah tanah, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang bayi sedang tidur di dalam kotak dan Masha yang berada di sebelah sedang menghangatkan bayi itu. Ekoran penemuan itu, Irna terus mengendong bayi yang malang ini dan segera menghubungi ambulans untuk membawa bayi ini ke hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Pihak hospital memaklumkan bahawa bayi lelaki yang berusia 12 minggu itu telah dibiarkan oleh orang tuanya selama beberapa jam sebelum ditemui oleh Masha yang menjaganya.

Menurut perkongsian Irna, Masha memainkan peranan yang sangat penting dalam kejadian ini. Tanpanya, nyawa bayi ini mungkin sedang dalam bahaya. Malah, ketika ambulans tiba untuk membawa bayi tersebut ke hospital, Masha tetap mengejar ambulans berkenaan kerana risau akan keselamatan bayi yang ditemuinya itu. Sesungguhnya Masha memang memiliki naluri keibuaan yang sangat tinggi.

Setelah ambulans itu berlalu pergi, Masha kembali ke tempat bayi itu ditemui dan duduk di situ selama berj-jam dengan harapan ‘bayinya’ akan kembali dalam masa terdekat. Terima kasih kepada Masha, bayi lelaki ini berada dalam keadaan selamat. Kini, pihak polis sedang dalam usaha untuk menjejaki kedua ibu bapa bayi berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular