Ketika menjadi kanak-kanak sedang membesar, ada ibu bapa mendidik kita dengan cara yang sangat mengejutkan apabila mereka meminta kita melakukan perkara-perkara asas kehidupan agar kita dapat belajar hidup lebih berdikari.

Bagi kebanyakan orang yang pernah mengalami pengalaman ini, memesan makanan di gerai mungkin salah satunya.

Seorang pengguna Facebook dan pencinta fotografi dari Singapura, Alex Chua telah berkongsi momen yang menghangatkan hati apabila beliau memerhatikan gelagat dua beradik ketika berada di sebuah gerai penjaja makanan.

“Semasa beratur untuk sarapan kegemaran, saya melihat ada seorang anak gadis comel sedang beratur di hadapan saya,” tulisnya dalam catatan Facebook bertarikh 13 Jun.

Alex menulis pada mulanya bapa kanak-kanak itu datang dan menyerahkan wang SGD5 (RM15) kepadanya dan menyuruh memesan makanan untuk dirinya sendiri.

Setelah bapanya pergi, Alex melihat mata kanak-kanak perempuan itu seperti meliar memerhati kelibat bapanya di sekeliling sambil dirinya kelihatan sangat gugup dan bimbang.

Beberapa saat kemudian, seorang budak lelaki dipercayai abangnya tiba dan berada di sisi membuatnya secara automatik kelihatan lega di wajah.

Alex Chua/Facebook

“Dia berdiri dekat dan memegang tangannya dengan erat. Kemudian dia memandang ke arah wajah adiknya sambil tersenyum dan berkata, ‘Jangan bimbang, abang ada di sini’.”

Alex Chua berjaya merakam momen menyentuh hati itu dalam sebuah gambar, yang kini mendapat perhatian netizen dengan lebih 4,500 perkongsian.

Alex Chua/Facebook

Kedua adik-beradik penyayang yang sangat comel ini berjaya menghangatkan hati ramai di media sosial sambil ada yang memberi komen membandingkan adik-beradik sendiri dengan kasih sayang mereka berdua.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular