Melihat telatah lucu haiwan peliharaan pasti terkadang membuatkan kita tidak kering gusi. Ada sahaja telatah selamba mereka yang boleh membuatkan orang di sekeliling mereka ketawa.

Jadi, tidak hairanlah ramai yang suka membela haiwan peliharaan di rumah kerana mereka bukan sahaja boleh menjadi peneman malah boleh menceriakan hari-hari kita.

Telatah selamba kucing di dalam video ini juga pastinya membuatkan anda akan ketawa besar. Apa yang berlaku ialah kucing ini tersekat pada pagar rumahnya ketika hendak keluar. Dia menyangka semuanya akan berjalan lancar seperti biasa tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia tersekat di celah pagar besi tersebut.

Facebook

Facebook

Reaksinya juga sangat melucukan. Kelihatan dia sangat takut dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pagar tersebut. Mujur ada tuannya yang membantunya melepaskan diri daripada terus tersekat di situ.

Facebook

Selepas kejadian itu pasti dia sendiri keliru dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya dan penyebab kenapa dia tidak boleh melepasi pagar itu. Harap dia sedar bahawa badannya sudah semakin membesar sehingga dia sendiri tidak muat keluar masuk melalui pagar seperti biasa.

Facebook

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular