Menikmati makanan atau minuman yang sejuk seperti aiskrim adalah satu kenikmatan besar terutamanya pada waktu panas. Namun, sekiranya anda terlalu menikmati makanan sejuk tanpa berhati-hati, anda mungkin akan terkena sesuatu yang kita gelar sebagai otak membeku atau ‘brain freeze’.

Siapa pernah mengalami situasi ini? Tengah sedap sedut Ais Batu Campur tiba-tiba anda terus memegang dahi anda kerana tidak tahan dengan kesan brain freeze ini. Nampaknya kejadian ini bukan sahaja boleh dialami oleh manusia tetapi juga haiwan.

Facebook

Baru-baru ini, menularnya sebuah video berdurasi 11 saat yang memaparkan reaksi seekor kucing apabila merasa sedikit aiskrim dan terus, brain freeze! Video Facebook ini memaparkan seekor kucing yang comel sedang duduk di meja makan ditemani oleh tuannya. Dengan menggunakan batang sudu, tuan kucing ini telah memberikan kucing kesayangannya merasa aiskrim buat pertama kali!

Facebook

Pada mulanya, kucing ini hanya mencium bau aiskrim yang dihulurkan oleh tuannya. Kesan aiskrim itu kemudiannya terkena sedikit pada bahagian mulut si comel ini. Dalam masa sesaat sahaja, kucing ini terus menunjukkan reaksi yang pastinya akan mengundang gelak tawa anda semua!

Facebook

Lihatlah bagaimana mata dan mulut kucing ini terbuka luas dan kucing ini juga kelihatan ‘mengeras’ dalam kebekuan selama beberapa saat. Pasti ini menjadi pengalaman aiskrim pertama si comel. Melihat haiwan peliharaan kesayangannya mengalami otak beku, tuan ini segera menyelamatkan kucing itu dengan mengelap kesan aiskrim yang masih ada pada mulut si comel.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular