Jika kita cukup kreatif, pelbagai perkara boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan sumber yang ada di sekeliling kita. Dan, cara inilah yang dipraktikkan oleh laman countrydiaries.com yang menggunakan produk yang ada di rumah untuk digunapakai bagi tujuan yang berbeza dari fungi utamanya.

Salah satu helah yang memberi inspirasi kepada ramai pengguna internet adalah dengan menggunakan cecair pencuci pakaian atau cecair pelembut fabrik sebagai bahan untuk mewangikan air yang keluar dari tangki tandas.

Unsplash

Caranya mudah, anda hanya perlu meletakkan kira-kira satu penutup cecair pencuci ke dalam tangki tandas sebanyak tiga kali seminggu.

Dengan cara ini, air yang keluar dari tangki itu apabila dipam akan mengeluarkan aroma yang wangi sekaligus dapat memberi bau yang menyenangkan di dalam tandas. Mudah dan praktikal!

Mengikut perkongsian di laman countrydiaries.com, penulis memaklumkan bahawa cara yang dilakukannya ini tidak berbahaya dan tidak akan memberi kesan kepada paip atau tangki kerana berdasarkan penerangan daripada tukang paip, cecair pencuci pakaian yang diletakkan akan terhapus di dalam sistem perpaipan, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Bagaimanapun, bagi rumah yang lebih banyak penggunaan tandas, langkah ini perlu dilakukan dengan lebih kerap kerana air di dalam tangki tandas akan sering berganti. Namun, jika penggunaan tandas di rumah anda hanyalah kira-kira 15 kali siraman setiap hari, maka gantian sabun pencuci di dalam tangki sebanyak tiga kali seminggu adalah memadai.

Ini memang perkongsian yang sangat bermanfaat. Jom cuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular