Satu tips berguna, sekiranya anda meninggalkan kereta anda tanpa pengawasan di kawasan hutan dan melihat beruang menghampiri, maka anda perlu mula menjerit. Ternyata ia adalah kaedah yang berkesan.

Ini berikutan dengan satu rakaman video ringkas yang dimuat naik di laman TikTok, di mana sekumpulan individu berasa terkejut dan ketakutan setelah melihat seekor beruang berjalan menuju ke kereta Mercedes mereka.

Video tersebut kemudian telah dimuat naik ke laman Facebook oleh pengguna, Eric Santiago dan sehingga kini telah dikongsikan kira-kira 7,900 kali!

Eric Santiago/Facebook

Mereka kemudian sempat merakamkan insiden tersebut daripada tempat yang tinggi (seakan puncak bukit), di mana mereka memerhatikan haiwan liar tersebut berjalan lalu menghampiri kereta terbabit.

Ketika itu, jelas kedengaran bahawa salah seorang daripada mereka yang bertanya, “Adakah kamu pasti bahawa kamu sudah mengunci pintu?”. Tidak lama selepas itu, beruang tersebut seakan tahu apa yang mereka gusarkan.

Eric Santiago/Facebook

Ya, beruang itu bertindak membuka pintu kereta tersebut. Pandai betul beruang itu, bukan? Sambil berdiri di kedua belah kakinya, beruang itu kemudian sempat memandang mereka. Ekoran ketakutan, individu-individu tersebut menjerit sekuat hati.

Eric Santiago/Facebook

Mereka mula menjerit dalam cubaan untuk menakutkan beruang tersebut agar beruang itu berlalu pergi. Walaupun kelihatan agak lucu, mujurlah usaha mereka itu berjaya membuatkan beruang tersebut berundur perlahan-lahan dan ‘menyerah’.

Mana tidaknya, beruang tersebut terhenti daripada melakukan apa yang mahu dilakukannya sebaik sahaja mendengar jeritan yang konsisten daripada individu-individu berkenaan. Mungkin beruang itu pun berasa agak keliru dengan apa yang berlaku.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular