Ramai antara kita yang terkadang rasa dilema untuk meninggalkan haiwan peliharaan di rumah terutama jika tiada sesiapa pun di rumah untuk menjaga mereka. Pasti ada yang bimbang dengan keadaan mereka sendirian di rumah dan  jika diberi pilihan pasti ramai yang mahu membawa haiwan mereka keluar bekerja tetapi semua itu agak mustahil.

Namun begitu, masalah itu selesai buat seorang penunggang Grab apabila dia mengambil keputusan untuk membawa kucing-kucingnya bekerja bersamanya. Bayangkan bawa kucing di atas motosikal bersama dengan pesanan pelanggan, sangat comel bukan?

Twitter

Minggu lalu, seorang pengguna Twitter, @nadiaafauzii telah memuat naik gambar seorang penunggang Grab bersama dengan sangkar kecil yang dibawa bersamanya semasa menghantar makanan. Siapa sangka ada dua ekor kucing comel berada di dalam sangkar tersebut. Nampaknya abang GrabFood ini bawa pengawal peribadinya sepanjang masa!

Twitter

Nadia kemudian bertanya kepada lelaki itu mengapa dia membawa kucingnya bersama dan lelaki itu memberitahu bahawa dia mahu membawa kucing-kucingnya berjalan-jalan.

Kicauan tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen di Twitter. Ramai yang mengatakan apa yang dilakukan pemuda tersebut adalah sesuatu yang comel. Ramai juga yang membalas kicauan tersebut dengan gambar-gambar kucing peliharaan mereka.

Tidak hanya itu, ada juga yang membalas dengan mengatakan bahawa abang Grab tersebut tidak suka meninggalkan kucingnya kesunyian di rumah. Jadi, dia sengaja membawa kucing-kucingnya keluar bekerja dengannya.

Kicauan tersebut telah tersebar luas di Twitter khususnya dan telah diulangkicau sebanyak lebih daripada 35,000 kali serta menerima ratusan komen daripada netizen yang membaca kicauan tersebut.

Bertuah betul kucing-kucingnya, tidak akan bosan duduk di rumah kerana mereka pun boleh keluar bekerja dengan tuannya sekali!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular