Buah-buahan merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan banyak manfaat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Antara buah yang agak popular di rantau Asia Tenggara adalah ‘raja buah’ ataupun durian!

Rata-rata masyarakat Malaysia sangat sukakan durian dan sentiasa menantikan kedatangan musim buah ini. Walaupun ada jenis durian yang mahal harganya, namun ia langsung tidak menjadi halangan buat ‘hantu’ durian mendapatkannya.

RAHMAD SURYADI/AFP via Getty Images

Baru-baru ini, tular di laman media sosial yang menunjukkan ilustrasi gabungan makanan dan minuman yang tidak boleh diambil bersama jika seseorang itu makan durian, seperti yang dilampirkan di bawah. 

Bagi memerangi mitos yang tidak berasas, seorang doktor yang agak dikenali di laman Twitter, Dr Rafidah Abdullah yang juga pakar buah pinggang muncul bagi menepis dakwaan buah durian tidak boleh dimakan bersama sesetengah makanan.

#1 Buah durian dan minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat sudah diketahui tidak elok untuk kesihatan ekoran mengandungi kandungan gula yang agak tinggi. Cuba elakkan daripada mengambilnya dan menurut Dr Rafidah, ia ternyata tiada kaitan dengan durian.

#2 Buah durian dengan kopi

Begitu juga dengan kopi ataupun minuman yang manis. Ianya tiada kaitan secara langsung dengan durian. 

#3 Buah durian dengan ketam

Ketam menurut Dr Rafidah memiliki kandungan asid urik yang mungkin tinggi. Untuk mereka yang menghidapi gout, berhati-hati. Yang penting, jangan makan secara berlebihan. 

#4 Buah durian dengan susu

Pengambilan susu bersama durian tidak mempunyai masalah kecuali buat pesakit dialisis kerana kandungan fosfat yang tinggi dalam susu. Selain daripada itu, susu boleh diambil bersama buah durian.

#5 Buah durian dengan daging

Daging diketahui mengandungi kalori yang agak tinggi namun ianya tiada kaitan dengan pengambilan bersama durian.

#6 Buah durian dengan terung

Begitu juga dengan terung tetapi ia kurang sesuai untuk pesakit buah pinggang dan jantung. Jika diambil secara sederhana dan dalam jumlah yang sedikit, tidak mengapa.

Dr Rafidah juga menggariskan perkara penting iaitu pengambilan buah durian dengan apa jua makanan atau minuman adalah boleh.

Namun harus diingatkan bahawa, ia tidak boleh dimakan secara berlebihan. “Makan sedikit, tak boleh melantak”, tulisnya.

Logiknya, pengambilan apa sahaja jenis makanan secara berlebih sudah pasti memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan fizikal. Jika anda masih berasa sangsi ataupun tidak pasti, jumpa dan dapatkan saranan pakar kesihatan anda.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular