Baru-baru ini, penemuan bangkai seekor sotong gergasi yang lazimnya hidup di laut dalam ditemui terdampar di pantai Afrika Selatan. Bangkai itu pertama sekali ditemui oleh Adéle Grosse dan rakan-rakannya ketika mereka berjalan-jalan di persisiran pantai Teluk Britannia, Afrika Selatan.

Wayne Florence/Twitter

Mereka yang menemuinya berasa sangat teruja dan tidak menyangka mendapat peluang untuk melihat ‘raksasa laut dalam’ ini dengan lebih dekat seperti itu.

Bangkai sotong gergasi yang mempunyai saiz kira-kira 4.2 meter panjang dan seberat kira-kira 200kg itu lazimnya hidup di laut dalam di bawah 900 meter. Menurut laporan Oriental Daily, sotong gergasi sebegini pertama kali dirakam gambar di bawah laut pada tahun 2006.

Sehingga kini, pakar marin masih lagi belum menemui punca kematian sotong gergasi berkenaan dan menganggap ada kemungkinan bahawa sotong gergasi ini tercedera akibat terkena jaring ikan kerana faktor badan bangkai sotong ini yang masih lagi sempurna.

Wayne Florence/Twitter

Wayne Florence/Twitter

Pakar terumbu karang marin dari Muzium Iziko Afrika Selatan, Wayne Florence, bagaimanapun berasa sangat teruja dengan penemuan ini dan mengesahkan bahawa kini bangkai sotong gergasi ini telah dibekukan di muzium. Dilaporkan, kajian yang lebih mendalam akan mula dijalankan setelah wabak pandemik yang melanda dunia kini semakin berkurangan. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular