SHANXI- Kira-kira 700 ekor kucing telah diselamatkan di utara China setelah mereka ditemui dalam keadaan terkurung di dalam sangkar besi yang berkarat. Kucing-kucing itu dikatakan ditangkap dan dikurung untuk dijadiakan hidangan santapan.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku di Linfen, sebuah kawasan di provinsi Shanxi, China. Kucing-kucing tersebut dipercayai ditangkap dan docuri oleh pengedar haiwan yang merancang untuk menjualnya kepada restoran-restoran di mana daging mereka akan dijadikan hidangan.

Insiden tersebut walau bagaimanapun telah dirakam oleh seorang pencinta haiwan, Li dan kemudiannya telah memuat naik rakaman tersebut di atas talian.

Li menemui kucing-kucing tersebut di kawasan belakang sebuah hotel bajet sepetelah dia menerima maklumat daripada beberapa orang pekerja di sana. Dia kemudian memberitahu wartawan bahawa kucing-kucing tersebut sebenarnya dibawa dari tempat yang berlainan dan sedang menunggu untuk dipindahkan.

Linfen Small Animal Rescue, kumpulan penyelamat haiwan tempatan, segera tiba di tempat kejadian pada hari yang sama setelah melihat status yang dimuat naik oleh Li di internet.

Kumpulan itu memberitahu bahawa semua kucing itu, berjumlah 700 ekor atau lebih, telah diselamatkan dan dijaga oleh sukarelawan. Kucing-kucing itu kemudian dipindahkan dan diberi makanan dan air minuman. Doktor haiwan juga dihubungi untuk melakukan pemeriksaan jika ada kucing yang cedera atau sakit.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat perkara tersebut setelah mendapat aduan daripada pihak media MailOnline.

Januari lalu, pakar China percaya bahawa kemungkinan besar wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia adalah berpunca dari haiwan liar yang dijual sebagai makanan di pasar basah di Wuhan, sebuah kota yang berpendudukan seramai hampir 11 juta orang.

STR/AFP via Getty Images

Pada bulan berikutnya, pemerintah pusat China menyekat semua perdagangan dan penggunaan hidupan liar di bawah undang-undang sementara sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan tersebut.

Tambahan lagi, dua buah bandar raya China melarang penduduknya memakan anjing dan kucing di bawah undang-undang baru sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan global.

WAHYUDI/AFP via Getty Images

Minggu lalu, pihak berkuasa China meningkatkan tahap perlindungan terhadap spesies tenggiling dan sesiapa yang didapati bersalah memburu dan memperdagangkan haiwan yang terancam itu akan menghadapi hukuman penjara dua kali ganda.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular