Kita semua tahu dalam banyak-banyak jenama telefon pintar yang terdapat di pasaran, telefon daripada syarikat Apple iaitu iPhone adalah salah satu jenama yang sangat berkualiti dan sesiapa yang memilikinya ‘dianggap’ berada dalam kelas atasan.

Harga untuk sebuah iPhone siri terkini mampu mencecah RM5,300 dan ia jelas menunjukkan kemampuan seseorang untuk menghabiskan sejumlah wang yang besar demi sebuah telefon pintar.

Tapi, itu baru sebuah telefon ya. Bagaimana pula dengan ‘taraf’ seseorang yang menggunakan ratusan iPhone untuk dijadikan sebagai dinding rumah dan juga perhiasan dalam rumah? Anda mahu lihat dekorasi rumah yang dipenuhi dengan iPhone?

@FLjasmy/Twitter

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai FJ#STAYATHOME atau @FLjasmy telah memaparkan sebuah rumah yang menjadikan puluhan iPhone disusun dan disimenkan pada dinding.

Hasilnya sungguh menakjubkan kerana susunan iPhone ini memaparkan hiasan dinding ala-ala mozek dan ianya sungguh unik!

@FLjasmy/Twitter

Dalam video berdurasi 59 saat ini, anda akan melihat puluhan iPhone dari pelbagai warna menutupi dinding dan juga tembok di bahagian pagar luar perkarangan rumah berkenaan.

@FLjasmy/Twitter

Susunan iphone seperti mozek ini kelihatan sungguh eksklusif dan menjadi fokus utama setiap kali orang lalu-lalang dan melihat keadaan rumah tersebut. Citarasa yang sungguh menakjubkan!

@FLjasmy/Twitter

@FLjasmy tidak menyatakan dengan jelas tentang lokasi kejadian dan jumlah sebenar iPhone yang digunakan untuk menghiasi rumah tersebut namun ramai mengagumi kreativiti individu yang merealisasikan idea untuk menjadikan iPhone sebagai hiasan dinding.

@FLjasmy/Twitter

Mungkin, harga rumah ini akan melonjak naik hanya kerana memiliki dinding ‘bertatahkan’ iPhone? Bukan calang-calang rumah! Lepas ini rumah siapa pula ya nak buat dinding daripada iPhone?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular