Kini, tidak keterlaluan apabila dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah dikenali di seluruh dunia.

Mana tidaknya, sejak penularan wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19) mula dikesan di Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham tidak berhenti memberikan maklumat terkini tentang penyebaran virus ini di Malaysia dan memberi nasihat kesihatan kepada orang ramai.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Tidak cukup dengan itu, pada 12 Jun, Datuk Dr Noor Hisham sekali lagi membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa kagum dengan kemampuannya apabila beliau memuat naik satu kiriman di laman Twitter rasminya.

Menerusi kiriman itu, Datuk Dr Noor Hisham mengatakan bahawa beliau sempat masuk ke dewan pembedahan dan melakukan pembedahan pada pesakit tiriod.

@DGHisham/Twitter

“Pagi ini saya sempat menyelit masa untuk melakukan tiroidektomi untuk pesakit Rt multinodular goitre dominan.

“Sungguh menyegarkan (apabila) berada di dewan pembedahan sekali lagi untuk menenangkan “simptom pengeluaran” saya dan bertemu dengan semua kakitangan dewan pembedahan saya. Saya diberi penerangan mengenai aliran kerja dan tatacara untuk operasi semua pesakit COVID-19 yang perlu menjalani pembedahan,” tulisnya dalam kiriman itu.

Pembedahan ini adalah operasi yang melibatkan pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid.

@DGHisham/Twitter

Bagi anda yang belum tahu, Datuk Dr Noor Hisham merupakan pakar runding kanan dalam pembedahan payudara, endokrin dan am di Hospital Putrajaya.

Namun, selepas penularan wabak Virus PKC (COVID-19) di Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham dipercayai tidak mempunyai masa yang sesuai untuk berkhidmat dalam bidang kepakarannya. Jadi, sesi pembedahan yang dimuat naik olehnya ini pasti merupakan satu momen yang memuaskan baginya!

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Di laman Facebook rasminya pula, Datuk Dr Noor Hisham sempat meluahkan bahawa wabak pandemik ini telah banyak memberi pengajaran dan cabaran baharu kepada semua petugas barisan hadapan agar mereka menjadi lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang paling teruk.

Menurutnya, dengan dugaan yang dihadapi bersama ini, semua rakyat Malaysia boleh berganding bahu sesama sendiri untuk meneroka idea dan inovasi baharu disamping sama-sama mematuhi tatacara kesihatan yang dinasihatkan agar Malaysia dapat memerangi wabak ini sepenuhnya.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

“Rakyat Malaysia boleh melakukan yang mustahil kerana kini ada harapan dan cahaya di hujung terowong untuk menamatkan rantaian penularan wabak COVID-19,” tulisnya di akhir kiriman.

Ternyata, semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia yang berasa kagum dan bangga dengan jasa dan sumbangan daripada Datuk Dr Noor Hisham. Mana tidaknya, setiap hari, Datuk Dr Noor Hisham membuktikan bahawa beliau boleh melakukan segalanya demi rakyat Malaysia. Terima kasih Datuk Dr Noor Hisham!

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular