Kata orang, masa yang terdesak pasti akan menyebabkan kita melakukan cara yang terdesak juga.

Mungkin, inilah yang terjadi kepada seorang pemuda yang membonceng sebuah motosikal di atas jalan raya memakai topi keledar buatan sendiri.

Yang lucunya, topi keledar buatan sendiri ini dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi elektrik yang telah diubahsuai menjadi topi keledar, dimana saiznya sesuai dengan kepala pemuda yang menggayakannya.

Ustaz Hanafi/Facebook

Menerusi sebuah rakaman video yang tular, si perakam yang dipercayai berasal dari negara jiran, Indonesia, dilihat terserempak dengan pemuda yang memakai topi keledar periuk nasi itu ketika mereka sama-sama berhenti di lampu isyarat jalan raya.

Ustaz Hanafi/Facebook

Yang lucunya, apabila perakam video menegur pemuda yang memakai topi keledar unik itu, pemuda itu juga ketawa dan lagaknya seperti berasa malu! Memang lucu!

Ustaz Hanafi/Facebook

Perakam video yang pada waktu itu menaiki kereta ternyata berasa sangat terhibur dengan topi keledar yang digayakan pemuda itu. Mana tidaknya, apabila dia mendekati pemuda bertopi keledar unik itu, rupa-rupanya topi keledar itu lengkap dengan penyodok nasi yang berdiri tegak di bahagian atas ‘topi keledar’! Seperti antena pula rupanya!

Ustaz Hanafi/Facebook

Walaupun video ini hanya berdurasi 30 saat sahaja, tetapi ternyata video yang pendek ini berjaya menghiburkan ramai pengguna internet.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video yang dimuat naik oleh Ustaz Hanafi di laman Facebook ini telahpun meraih lebih dari 713,000 tontonan, lebih dari 11,000 reaksi, lebih dari 6,600 perkongsian dan 1,300 komen dari warga Facebook yang benar-benar terhibur dengan idea luar biasa penghasilan topi keledar ini.

Ustaz Hanafi/Facebook

Walaupun nampak aneh, tetapi agaknya topi keledar ini memang benar berfungsi melindungi kepala si pemakai ya? Lucu!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular