- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Tidur dengan angin kipas secara langsung ke arah kita sepanjang malam sebenarnya berupaya memudaratkan tahap kesihatan

Tiupan kipas secara langsung ke arah kita semasa tidur merupakan sesuatu yang pasti membuatkan kita berasa sangat selesa. Namun tahukah anda bahawa ia sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan anda dalam jangka masa panjang.

Ini kerana, pakar mengatakan bahawa tiupan yang disangkakan angin itu sebenarnya turut disertai dengan debu dan habuk, lebih-lebih lagi jika kipas di rumah anda itu jarang dibersihkan. Ia memudahkan bendasing tersebut masuk ke pernafasan.

Gambar Hiasan | Pexel [1]

Oleh itu, jika anda merupakan seseorang yang mudah terkena selesema, alahan dan asma maka kemungkinan bahawa kipas andalah yang menjadi puncanya. Selain itu, angin yang dihalakan secara langsung juga menyebabkan kulit kering.

Jika anda mengalami sinus, aliran udara kering yang berterusan juga dapat memperburukkan kerengsaan sinus. Ini boleh menyebabkan badan berusaha untuk mengatasi kekeringan dengan menghasilkan lebih banyak lendir.

Doktor perubatan tradisional Cina, Qiu Yinglin juga mengatakan bahawa tidur dengan bahagian muka yang dihala dengan angin kipas juga boleh menyebabkan kelumpuhan pada muka. Bahagian muka sebenarnya tidak boleh terkena angin kipas secara langsung.

Gambar Hiasan | Unsplash [2]

Kepala merupakan lokasi di mana gas berkonsentrasi. Jika kepala menjadi sejuk, ia juga akan mempengaruhi suhu badan. Kepala yang sejuk difahamkan akan menjadi sangat rentan terhadap serangan angin.

Berikut merupakan beberapa bahagian lain pada tubuh yang juga tidak boleh dihalakan angin daripada kipas dan kesannya :

#1 Kepala – Menyebabkan sakit kepala

#2 Muka – Menyebabkan kelumpuhan muka

#3 Sendi – Menyebabkan sakit pada sendi-sendi serta berlakunya pengecutan otot

#4 Kaki dan tangan – Menjejaskan aliran udara dan darah. Kaki dan tangan boleh alami kelumpuhan atau menjadi sejuk

#5 Leher – Menyebabkan batuk dan lenguh pada leher

#6 Bahagian belakang badan – Menyebabkan sakit belakang

Bagi mereka yang mengalami masalah angin yang teruk dan sering sakit kepala, cirit-birit dan selesema, angin yang dihalakan kepada tubuh bakal memburukkan lagi gejala tersebut.

Selain itu, Dr Qiu juga menasihati agar tidak segera mengenakan angin pada tubuh sekiranya anda baru sahaja selesai bersenam ataupun segera mandi. Ini kerana, pori pada kulit akan terbuka selepas berpeluh dan angin dengan mudahnya masuk ke dalam tubuh.

Gambar Hiasan | Pexel  [3]

Berikut merupakan tips untuk menggunakan kipas angin sambil menjaga kesihatan tubuh :

#1 Jika kipas tidak dihalakan ke arah anda, maka anda boleh menyesuaikan tahap kekuatan angin mengikut keperluan

#2 Ketika tidur, adalah lebih baik jika tubuh anda ditutupi dengan sesuatu seperti selimut daripada angin selain arah kipas bukanlah menghala ke arah anda

#3 Pastikan jarak antara anda dan kipas adalah sekurang-kurangnya 2 meter

#4 Seeloknya angin daripada kipas tidak dibuka dalam masa yang lama. Sebaiknya, tidak lebih daripada sejam.

Menurut Dr Qiu, jika cuaca terlalu panas, angin kipas bolehlah dihalakan secara langsung kepada tubuh anda namun hanya untuk masa yang singkat – tidak lebih 10 minit. Atau anda boleh menghalakannya ke arah dinding agar peredaran udara berlaku.

 

loading...