- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bebas 46 pertuduhan rasuah, penggubahan wang haram

KUALA LUMPUR – Bekas ketua menteri Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman, 69 tahun telah dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di Sabah.

Keputusan mahkamah ini dikeluarkan berikutan penarikan semula dan permohonan untuk menggugurkan 16 pertuduhan penggubahan wang haram dan 35 pertuduhan rasuah berkaitan kontrak konsesi balak oleh pihak pendakwa.

Astro Radio News/Facebook [1]

Menurut peguam yang mewakili Musa iaitu Francis Ng Aik Guan, kes tersebut perlu ada pengakhiran. Justeru, pihaknya telah memohon mahkamah untuk memberikan keputusan yang wajar dengan melepaskan dan membebaskan anak guamnya kerana dibimbangi tertuduh akan didakwa semula.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin telah menggunakan budi bicara hakim untuk melepaskan dan membebaskan Musa daripada semua pertuduhan dan perkara ini disahkan sendiri oleh Francis Ng.

“Ya, semua tuduhan ditarik dan Tan Sri (Musa) dilepas dan dibebaskan sama sekali,” kata Francis Ng.

Sebelum ini, Musa telah dihadapkan dengan 30 pertuduhan kes rasuah sebagai ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. Beliau dikatakan telah memperoleh rasuah untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di lapan bank serta institusi kewangan di beberapa negara iaitu Hong Kong, China dan Singapura antara 20 Disember 2004 hingga 6 November 2008. Semua pertuduhan terhadap Musa dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Twitter [2]

Sementara itu, Peguam Amer Hamzah Arshad yang turut mewakili Musa memaklumkan bahawa segala dana yang diterimanya merupakan sumbangan-sumbangan politik yang diberikan oleh penyokong-penyokong parti, penderma, orang awam, dan Barisan Nasional (BN) pusat bagi kegunaan persediaan pilihan raya kecil dan umum, aktiviti-aktiviti dan perbelanjaan BN Sabah.

“Segala dokumen-dokumen yang relevan dan berkaitan telah dibekalkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada semua masa material, sumbangan-sumbangan politik tersebut tidak melibatkan mana-mana projek untuk negeri Sabah, konsesi pembalakan dan bukan atas dasar balas-membalas atau quid pro quo basis,” kata Amer yang menjelaskan pemberian ataupun penerimaan sumbangan politik bukanlah merupakan suatu kesalahan di Malaysia.

loading...